CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19593|Reply: 4

[Jenayah] Mengemukakan Salinan Sijil Kelahiran Baharu, Membuat Permohonan Untuk Meminda Nama Zayn Rayyan Dalam Pertuduhan!

[Copy link]
Post time 26-7-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode


Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kini dikenali sebagai Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan selepas pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan Ismanira Abdul Manaf, 29, memaklumkan kepada Hakim Dr Syahliza Warnoh bahawa nama kanak-kanak itu dipinda.

Beliau turut mengemukakan salinan sijil kelahiran baharu kepada mahkamah pada prosiding sebutan kes pertama hari ini.

“Merujuk kepada pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya pada tarikh lalu (13 Jun), nama kanak-kanak seperti yang dicatatkan adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun pihak kami sudah menerima dokumen cabutan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor melalui Ismanira yang membetulkan maklumat dalam daftar kelahiran Zayn Rayyan.

“Pada 4 Julai lalu, pembetulan maklumat nama Zayn Rayyan sudah dibuat dan ditukar kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan. Saya ingin merekodkan kami ingin membuat permohonan untuk meminda nama Zayn Rayyan dalam pertuduhan,” jelasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar mengesahkan pihak pendakwaan baru menerima sijil kelahiran baharu itu pagi ini selepas mendengar permohonan itu.

Dr Syahliza kemudian mengarahkan pendakwaan mengesahkan terlebih dahulu dengan JPN. Kemudian, perkara itu akan diteliti dalam sebutan kes akan datang.

Pada masa sama, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September depan sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Dalam pada itu, peguam Mahmud Abdul Jumaat tidak lagi mewakili Ismanira sebaliknya diganti Fahmi.

Fahmi memaklumkan Ismanira menghantar surat penamatan perkhidmatan guaman yang mewakilinya, lapor Harian Metro.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2024 12:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Surat beranak tu baru buat ke dah lama?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
macam2 hal.. ingat harini dah boleh tau mcm2 info.. emmm kena tggu lg la plk
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ada info baru tumpah la kat sini skt.. jauh nak panjat benang lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040504 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list