Pengarah dan penerbit drama, Michael Ang tampil memberi respon setelah pihak syarikat pengurusan Armani Entertainment (AE) bertindak menyamannya akibat pelanggaran kontrak.
Difahamkan, AE telah menuntut RM500,000 terhadap Michael Ang atas sebab pelanggaran beberapa perjanjian strategik antara kedua-dua pihak sejak Oktober 2021.
Advertisement
A post shared by Official Hlive (@officialhlive)
Ujar Michael, perkara saman menyaman dalam dunia selebriti adalah perkara biasa dan dia menyerahkan hal itu kepada peguamnnya untuk diuruskan.
Biasalah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia betul dan saya fikir saya betul.
Buat masa sekarang, saya tak ada komen biar peguam yang selesaikan.
Dia juga memohon maaf kepada media kerana tidak dapat menjawab panggilan gara-gara sibuk dengan kerja.
A post shared by Michael Ang (@michaelang38)
Minta maaf kepada wartawan yang saya tak sempat jawab atau balas. Ini saja kenyataan daripada saya ya.
Tengah sibuk shooting dan pakai sunscreen jaga kulit sebab shooting kat tengah panas.
|