CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47929|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nelayan Port Dickson terkesan projek Lexis Hibiscus 2 dibantu - Aminuddin

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

Aminuddin pada majlis pecah tanah projek Lexis Hibiscus 2, petang semalam.- Foto Ihsan Pejabat MB.


PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik langkah pemaju hartanah, KL Metro Group iaitu pemaju Lexis Hibiscus 2 di sini, dalam memastikan nelayan yang terkesan dengan pembinaan resort bertaraf lima bintang itu di kawasan terbabit diberikan perhatian.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata sebanyak 40 keluarga nelayan di kawasan itu yang terjejas dengan projek berkenaan diberikan bantuan bulanan sebanyak RM1,000 sehingga projek Lexis Hibiscus 2 siap dibina.

"Perkara ini amat saya hormati kerana pihak KL Metro Group sanggup bersama dalam memastikan bukan sahaja nelayan, bahkan ahli keluarga nelayan juga diberikan perhatian.

"Pampasan yang diberikan ini adalah sebagai ganti rugi kerana mereka tidak dapat turun ke laut sepanjang projek ini berjalan.

"Saya dimaklumkan pihak pemaju juga akan memberi keutamaan kepada anak-anak keluarga nelayan terbabit untuk mendapat tawaran pekerjaan di Lexis Hibiscus.

"Dijangkakan projek pembangunan ini bakal mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Lexis Hibiscus 2, di Kampung Sungai Menyala, di sini, lewat petang semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim; Pengerusi KL Metro Group, Datuk Mat Hassan Esa dan Pengarah Urusan KL Metro Group, Datuk Low Tak Fatt.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, projek yang dijangka siap menjelang 2029 itu adalah kerjasama strategik KL Metro Group dan Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan negeri, berkata resort berprestij itu memiliki 1,710 unit bilik termasuk 910 rumah atas laut dan 800 suite kolam bertingkat yang elegan dalam dua blok bertingkat tinggi.

"Dengan seni reka binaan bermotifkan Bunga Kebangsaan Malaysia (Bunga Raya), simbolik ini menjadikan resort (Lexis Hibiscus) sebagai tarikan yang unik sehingga mendapat permintaan tinggi bagi penginapan kelas atas daripada pelancong domestik dan juga luar negara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036042 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list