View: 1230|Reply: 0
|
Ajai mahu Hafiz tak patah semangat
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi, Ajai menjelaskan ucapan dititipkan buat Hafiz Suip dalam media sosial sekadar mahu penyanyi Awan Nano itu terus kuat.
Ajai berkata, dia mahu Hafiz tidak patah semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi kerana memiliki suara bagus.
"Saya titipkan kata-kata terus kuat supaya Hafiz kembali bersemangat untuk menyanyi. Hafiz ada suara emas, jadi sayang jika bakat dibiarkan begitu sahaja.
"Sebelum ini, kita tahu Hafiz seperti patah semangat menerusi kenyataan pernah dibuat dalam Tik Tok.
"Namun, Hafiz kelihatan okay ketika sesi latihan sempena Konsert By Ajai & Mega Friends, baru-baru ini. Mungkin sudah dapat kekuatan semula.
"Bagi saya, Hafiz sangat profesional. Walau apapun masalah dihadapi, dia tetap tepati masa dan tak campur adukkan soal peribadi dengan kerja," katanya kepada BH Online.
Ajai turut memuji vokal Hafiz masih mantap sepanjang latihan, malah sanggup terbang ke Kuala Lumpur untuk menjalani sesi latihan dan pulang semula ke Sarawak sebaik latihan selesai.
"Hafiz menjalani latihan bersama saya selama dua hari. Selepas itu, Hafiz pulang semula ke Sarawak. Itu yang buat saya sangat kagum dengannya.
"Kita tak tahu apa yang terbuku dalam hati Hafiz, namun tetap berikan komitmen dan tak mungkir jadual latihan.
"Sebagai seorang yang lebih berpengalaman, saya pesan kepada Hafiz tak boleh tinggalkan dunia seni.
"Seni adalah kehidupan buatnya. Sejujurnya, saya tak nak ambil tahu apa yang berlaku, tapi saya berpesan apapun yang jadi, Hafiz kena kuat dan 'move on'," kata Ajai.
Perkongsian foto dan video sesi latihan dibuat Ajai bersama juara Akademi Fantasia (AF) 7 itu nyata mengundang rasa teruja peminat sehingga ada yang ingin membeli tiket konsert yang bakal berlangsung pada 3 Ogos depan di Megastar Arena kerana ingin memberikan sokongan kepada Hafiz.
Selain Hafiz dan Ajai, konsert berkenaan bakal dijayakan Dayang Nurfaizah, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|