CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2161|Reply: 0

Majnun 'ubat' rindu

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode




SELEPAS dua tahun tidak berkarya, penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 37, membuat 'comeback' (kemunculan semula) dengan mempertaruhkan single terbaharu berjudul Majnun untuk mengubat kerinduan peminat.

Azmi berkata, single itu adalah projek khasnya bersama syarikat MAP Music.

"Ketika dapat tawaran buat lagu itu, kumpulan Caliph Buskers masih dalam proses memperbaiki konflik antara anggota.

"Jadi, sementara menunggu keadaan kembali baik, saya ambil keputusan buat single solo dulu untuk mengisi ruang kosong.

"Selepas ini, saya nak cuba fokus kepada Caliph Buskers pula. Insya-Allah, kami dalam proses merakamkan lagu baharu nanti," katanya.

Bercerita mengenai lagu Majnun, Azmi berkata, dia mendapat inspirasi menghasilkan lagu itu dari kisah cinta klasik, Laila Majnun yang menceritakan keperitan yang perlu ditelan demi cinta sejati.

"Cinta sejati tidak semestinya berakhir dengan memiliki atau dimiliki. Walaupun perit, itu keindahan cinta sejati iaitu perasaan yang kekal dalam hati untuk selamanya," katanya.

Mengulas single Majnun lagi, kata Azmi, dia juga menggambarkan emosi dan perasaannya dengan mendalam dalam lagu itu.

"Saya mencuba sebaik mungkin untuk bersatu dengan perasaan dan emosi bagi menyampaikan penceritaan yang menambat hati pendengar.

"Saya mencurahkan segala emosi dan berusaha sampaikan mesej yang tulus dan mendalam kepada pendengar menerusi lagu itu," kata bapa kepada cahaya mata perempuan, Khalisa Insyirah yang kini berusia sembilan bulan ini.

Berkongsi proses pembikinan pula, Azmi berkata, dia tidak kekok ket

ika proses rakaman kerana masih aktif dengan kerja dalam studio termasuk penghasilan lagu untuk iklan dan produk.

"Saya tertarik dengan lagu Majnun kerana genrenya berbeza berbanding lagu yang pernah dinyanyikan bersama kumpulan sebelum ini.

"Saya tak pernah ada lagu sebegitu. Mula-mula dapat 'demo' lagu ini, memang melodi itu yang saya suka," katanya yang pernah menghasilkan lagu Tulus.

Dari segi cabaran pula, kata Azmi, ia membabitkan pada bahagian nada tinggi yang agak mencabar terutama di bahagian akhir lagu Majnun.

"Proses rakaman lagu ini berlangsung beberapa hari sebelum Ramadan lalu. Seronoknya pula, ini kali pertama saya bekerjasama dengan penyanyi kumpulan 6ixth Sense, Ady. Dia yang menjadi penerbit dan membimbing saya ketika sesi rakaman vokal," katanya.

Ditanya harapannya, kata Azmi, sudah semestinya dia berharap peminat boleh terima kelainan yang dibawakan melalui lagu Majnun itu.

"Ini genre kegemaran saya. Melodinya pula sangat mudah masuk kepala. Jadi, mudah-mudahan dapat sokongan dari peminat muzik tempatan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045063 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list