CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2948|Reply: 0

Ernie Zakri nafi berdepan masalah dengan Rocketfuel Entertainment

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Penyanyi, Ernie Zakri menafikan spekulasi yang mengaitkan ciapan luahan perasaan kecewanya beberapa minggu lalu di platform X, berkaitan dengan masalah antaranya dan bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

Ernie, 32, ketika ditemui selepas membuat persembahan di sidang media TikTok Awards Malaysia 2024 berkata, dia bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas sikap ambil berat peminat-peminatnya.

"Kadang, peminat ini mengikuti perkembangan saya. Jadi, mungkin mereka boleh rasa dan tengok. "Sekarang ini, apa yang mereka perkatakan itu bukanlah perkara itu. Contohnya, mereka ada bercakap mengenai lagu. Rocketfuel sebenarnya, sedang menyelesaikan lagu-lagu saya sebab ada pertukaran syarikat.

"Jadi, benda itu (masalah antara Ernie dan Rocketfuel) memang tidak ada dan salahlah kalau itu tanggapan peminat.

"Tapi, saya nak ucapkan terima kasih sebab mereka ambil berat rupanya terhadap apa yang saya perlu. Tidak ada kaitan dengan apa-apa spekulasi yang wujud," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai rentetan peristiwa yang membuatkannya menulis hantaran di platform media sosial X dan meluahkan mengenai rasa 'kecewa' dan 'sikap tidak profesional', Ernie berkata, tindakan itu dibuat dalam keadaannya sedang beremosi.

"Sebenarnya, mengenai perkara itu, ketika dalam keadaan itu, saya pula wanita yang penuh dengan perasaan ketika itu. Jadi, saya hanya menulis sahaja (di X), meluah rasa terbuku yang dah lama saya simpan.

"Mengenai apa, biarlah saya sahaja tahu. Pada saya, lambat laun, kalau orang akan tahu, orang tahu juga. Mungkin bukan daripada mulut saya.

"Sebelum ini, saya hampir kongsi, tapi, saya tarik balik niat itu dan saya rasa macam cukuplah dan mari teruskan kehidupan," katanya.

Ernie sedar tindakannya itu menimbulkan banyak persoalan, namun menegaskan bahawa itu bukanlah gimik.

"Saya tahu, tindakan saya itu sedikit sebanyak mengundang pertanyaan banyak pihak. Kalau saya padam pula, nanti mesti ada yang pertikai kenapa saya padam. Jadi, saya biarkan sahaja.

"Insya-Allah, kalau satu hari nanti Allah izinkan untuk semua orang tahu apa yang saya katakan, mereka akan tahu. Kalau ada yang katakan ia gimik atau apa, tidak. Saya hanya wanita biasa dan luahkan di X," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.319964 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list