CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3498|Reply: 0

'Saya hidup macam biasa, tak boleh ubah situasi' - Don Daniyal

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Terpalit dengan beberapa isu berkaitan agama dan reputasinya sebagai pendakwah baru-baru ini, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, mengakui dia tidak terkesan dengan apa yang berlaku, namun sentiasa berfikiran positif dan menganggap itu adalah ujian buat dirinya.

Don Daniyal berkata, dia juga akan bersabar menunggu keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi memutuskan beberapa aduan termasuk isu membabitkanya dan beberapa pendakwah bertauliah negeri Selangor.

"Saya hidup seperti biasa, perjalanan seperti biasa. Kita tak boleh nak ubah situasi kerana bukan kita yang berkuasa, tapi Allah lebih berkuasa. Walaupun kita nampak mungkin ada pihak tertentu, cuma takdirnya sudah begitu.

"Kita tidak boleh mengubah perkara ini (takdir), namun kita boleh tentukan bagaimana kita memberi reaksi kepada situasi ini. Alhamdulillah, saya ambil semuanya secara positif pada diri terhadap apa yang berlaku itu.

"Saya juga anggap ini adalah peluang untuk merancang dan mengatur semula pekerjaan saya. Semua perkara (berlaku) dalam hidup ini adalah ujian (Allah) dan ia bukan hukuman sepanjang hayat. Saya ada sokongan keluarga serta rakan-rakan," katanya.

Terdahulu, Don Daniyal hadir pada majlis menandatangani kerjasama antara Hive Deal bersama Agami Group untuk pengurusan pendidikan kanak-kanak menerusi penubuhan tadika Islam di Shah Alam.

Mengulas mengenai kecaman segelintir netizen kepadanya di media sosial, Don Daniyal berkata, dia tidak berkecil hati dengan komen-komen ditulis itu susulan kontroversi berkaitan ceramah agama disampaikannya yang didakwa melanggar peraturan tauliah.

"Saya baca semua komen di internet (media sosial), tapi tak apa sebab saya anggap mereka tidak tahu mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Mereka itu (netizen) memang tak tahu.

"Dalam Islam, pena diangkat ada tiga jenis orang iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat dan orang yang tidur sampai terjaga. Dalam kata lain, netizen tak tahu apa yang berlaku dan tidak mengapalah," katanya.

Don Daniyal juga memohon agar masyarakat dapat membuat pertimbangan sewajarnya dan menyelidik terlebih dahulu maklumat diperoleh sebelum memberikan komen tanpa usul periksa.

Katanya, dalam hidup ini ada sesetengah perkara yang perlu kita lakukan perbandingan dan untuk itu, dia menyeru semua orang membuat perbandingan dengan akal fikiran waras dan cerdas bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan Don Daniyal di seluruh Selangor ditangguhkan di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di negeri itu.

Notis yang dikeluarkan juga memberitahu Don Daniyal tidak boleh meneruskan apa saja program ceramah atau kuliah sama ada dia sudah mendapat persetujuan atau masih dalam perancangan.

Terdahulu, Don Daniyal 'direhatkan' dari program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena musim haji pada 5 Jun lalu berikutan tercetus isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040724 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list