CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4602|Reply: 0

Konsert AR Rahman dihadiri PM, pukau 35,000 penonton

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode


BUKIT JALIL – Konsert komposer dan penyanyi terkenal India, AR Rahman bertukar gamat dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Anwar yang tiba sekitar pukul 10.30 malam disambut sorakan ribuan penonton yang membanjiri stadium berkenaan sejak pukul 4.00 petang.

“Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini,” kata AR Rahman.

Kira-kira 35,000 penonton menyaksikan persembahan penerima anugerah Oscar itu dalam konsert AR Rahman Live In Kuala Lumpur itu.

Jumlah penonton kali ini bagaimanapun gagal menewaskan rekod konsert penyanyi itu di lokasi sama tahun lalu iaitu sebanyak 60,000 orang.

Turut membuat kemunculan adalah anak lelaki Rahman, AR Ameen yang menyampaikan lagu Ninaivirukka.
ANWAR turut hadir menyaksikan konsert AR Rahman Live In Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam pada itu, AR Rahman turut meluahkan penghargaan buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi persembahan lagu Munbe Vaa.

Penghargaan itu diberikan atas kesungguhan Siti menyampaikan lagu tersebut sempena konsert AR Rahman tahun lepas.

“Saya mendedikasikan lagu ini untuk Siti Nurhaliza yang pada tahun lalu menyampaikannya dengan indah sekali,” kongsinya.

Selain AR Rahman konsert tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi tempatan dan antarabangsa.

Antaranya penyanyi rap Tamil dari Malaysia, Sri Rascol. Tidak ketinggalan penyanyi jemputan  dari India seperti Mano, Srinivas, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze dan penyanyi R&B serta Hip Hop dari Sri Lanka, Aaryan Dinesh Kanagaratnam (ADK).

Dalam konsert berdurasi tiga jam itu AR Rahman turut mempersembahkan deretan lagu popularnya dalam bahasa Tamil antaranya, Ella Pugazhum, Aga Naga, Nenjukulle dan Thillana Thillana manakala seleksi popular Bollywood pula Chaiyya Chaiyya serta Jai Ho.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.343057 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list