CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27371|Reply: 1

[Jenayah] Stres kronik mengundang lelaki mati pucuk - pakar

[Copy link]
Post time 28-7-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Stres kronik mengundang lelaki mati pucuk - pakar


PENINGKATAN usia bukanlah satu-satunya punca mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) yang semakin ketara membelenggu kehidupan lelaki dan menjadi kelaziman masalah kesihatan kepada golongan itu.

Bagaimanapun, Pengasas Klinik Forhim, Dr Ahmad Samhan Awang, berkata faktor tekanan atau stres kronik juga menjadi faktor yang menyumbang kepada penurunan kualiti kesihatan seksual lelaki termasuk gejala mati pucuk.

Beliau yang juga pelopor klinik kesihatan lelaki, Him Wellness, menjelaskan stres yang berterusan berupaya mengganggu aliran darah dan hormon serta menyebabkan seseorang lelaki mengalami masalah untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.

Katanya, masalah ED itu boleh mempengaruhi keupayaan lelaki untuk melakukan hubungan seks.

"Keadaan mati pucuk ini akan mengakibatkan penis tidak boleh mengalami ereksi, mengekalkan ereksi atau mencapai orgasme.


"Stres juga akan memberikan kesan kepada penurunan libido iaitu ia menyebabkan keinginan seksual merudum. Ini kerana apabila seseorang itu mengalami tekanan, hormon kortisol yang tinggi menyebabkan rasa letih dan kurang ghairah.

"Selain itu, ia akan mendorong masalah psikologi yang mana stres kronik juga boleh membawa kepada kebimbangan dan kemurungan, yang seterusnya menjejaskan prestasi seksual," katanya menerusi platform Thread semalam.

Mulakan gaya hidup sihat

Justeru, setiap orang tidak kira jantina perlu mengawal stres dengan memulakan gaya hidup sihat untuk mencapai kualiti hidup lebih seimbang.

"Antara cara mudah untuk menangani stres adalah melalui senaman. Dalam konteks ini, cuba untuk memperuntukkan masa 30 minit sehari bagi melakukan senaman.

"Senaman boleh membantu merembeskan hormon endorfin. Hormon ini dihasilkan untuk membantu menghilangkan rasa sakit, mengurangkan stres dan meningkatkan mood.

Kawal stres

"Seterusnya stres boleh dikawal dengan aktiviti menenangkan atau relaks yang boleh dilakukan dengan kegiatan yoga, meditasi atau pernafasan dalam untuk menenangkan minda dan badan," katanya.

Dalam pada itu, stres boleh dikawal dengan memastikan masa tidur mencukupi dan berkualiti setiap malam.

"Pastikan ada mendapat tidur yang berkualiti setiap malam. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan keseluruhan.

"Selain itu, pengurusan masa yang bijak perlu ditambah baik dan dalam hal ini seseorang itu boleh mengelakkan daripada melakukan terlalu banyak kerja dalam satu masa," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengesyorkan supaya seseorang itu supaya berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi agar menjadi lebih baik.

"Hal ini boleh dilakukan seseorang itu bercakap dengan sesiapa yang boleh dipercayai atau sekiranya perlu, dapatkan bantuan daripada pakar.

"Stres memang tak boleh dielakkan tetapi kita boleh belajar cara menguruskannya," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 09:03 PM | Show all posts
vape??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.039702 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list