CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31198|Reply: 5

Skuad Phoenix buru isteri curang

[Copy link]
Post time 30-7-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode




LIMA –  Sekumpulan wanita di Peru yang dikenali sebagai Skuad Phoenix menjadi perhatian orang ramai kerana kepakaran mereka membongkar kecurangan pasangan bukan sahaja di Peru, malah  seluruh rantau  Amerika Selatan.


Laman berita Oddity Central melaporkan, sepanjang 20 tahun lalu, Skuad Phoenix berjaya menyelesaikan banyak kes kecurangan yang  diberikan kepada mereka.


Pengasasnya, Jessica Melina berkata, kumpulan itu telah menyelesaikan lebih 10,000 kes dalam tempoh tersebut menggunakan pelbagai alat dan teknik.


Ia termasuk bertindak seperti detektif dan melakukan pengawasan menggunakan dron serta kamera mini.


Ujarnya, Skuad Phoenix diwujudkan untuk memenuhi keperluan orang ramai bagi mengumpulkan  bukti kecurangan pasangan masing-masing dalam prosiding perceraian serta hak penjagaan anak.


Jelas Melina, walaupun Skuad Phoenix tidak mendiskriminasi antara lelaki dan wanita dalam kes yang diterima, mereka mempunyai satu keistimewaan iaitu semua anggotanya ialah wanita.


“Saya memutuskan untuk membentuk skuad detektif saya sendiri, tetapi hanya terdiri daripada wanita kerana saya menyedari mereka memberikan hasil yang lebih baik,” kata Melina kepada akhbar La Republica.


Berdasarkan data yang dikumpulkan  oleh Skuad Phoenix sejak 20 tahun lalu, wanita didapati jauh lebih tidak setia berbanding lelaki.


Salah seorang anggota pasukan itu, Detektif Liz Rodriguez berkata, 70 peratus daripada kes yang dikendalikan melibatkan wanita yang curang, berbanding hanya 30 peratus lelaki.


Tambah Melina, dalam tempoh  dua tahun lepas, daripada 10 kes yang disiasat pada setiap minggu, lapan daripadanya melibatkan wanita yang tidak setia kepada pasangan mereka. – AGENSI




Sumber : KOSMO! ONLINE








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow,mai dtg Malaysia????
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:36 PM | Show all posts
gituuu siap ade skuad..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
i dgr psl peru i dah tkt..peru tu tmpt gangster kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:49 PM | Show all posts
“Saya memutuskan untuk membentuk skuad detektif saya sendiri, tetapi hanya terdiri daripada wanita kerana saya menyedari mereka memberikan hasil yang lebih baik,” kata Melina kepada akhbar La Republica


hikhik bab siasat menyiasat memang kena serah kt wanita
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk x betul tu..diorg buru laki bini juga..bukan bini curang sajah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.123344 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list