View: 30278|Reply: 28
|
Gara-Gara Kawan Lelaki Di Sekolah Tegur Gemok, Hawa Rizwana Belajar Muntahkan Diri Setiap Kali Makan
[Copy link]
|
|
Pengacara terkenal, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28, mendedahkan bahawa dia pernah mengalami bulimia, sejenis gangguan pemakanan kronik, ketika zaman persekolahan.
Hawa, yang kini menjadi hos program MeleTOP, berkongsi pengalaman getirnya dan bagaimana dia akhirnya berjaya menghentikan perbuatan yang membahayakan kesihatannya itu.
“Saya pernah menghidapi bulimia. Keadaan ini bermula masa sekolah menengah. Bila ada orang cakap saya naik berat badan, saya makan banyak-banyak dan muntahkan. Saya juga terlebih bersenam,” ujar Hawa.
Dia memberitahu bahawa keadaan ini bermula apabila ada orang menegurnya mengenai peningkatan berat badan, yang menyebabkan dia bertindak secara drastik dengan makan berlebihan dan kemudian memuntahkannya serta bersenam secara berlebihan.
Hawa juga berkongsi bahawa usahanya untuk berhenti dari tabiat tersebut pernah gagal.
“Pernah nak cuba berhenti tapi saya naik berat badan lima kilogram sebab sibuk dan tak sempat nak bersenam, tidur tak cukup, stres dan makan waktu malam,” jelasnya.
Hawa mula mengenali istilah bulimia ketika menyertai ‘choral speaking’. Kata-kata seorang rakan lelaki yang mengatakan mukanya berisi membuatkan dia mempersoalkan adakah dirinya gemuk.
Hawa mendedahkan bahawa kadangkala dia merasakan seseorang sekadar menyindirnya apabila memujinya kurus.
“Ketika ramai cakap saya naik berat badan, ada individu lain cakap ‘eh Hawa kurusnya sekarang?’. Saya tak rasa orang itu maksudkan saya kurus,” katanya.
Walau bagaimanapun, seiring dengan kematangan usia, Hawa berusaha mendapatkan bantuan untuk memulihkan keadaan kesihatan mentalnya, terutamanya berkaitan bulimia.
Bekas pembaca berita kelahiran Amerika Syarikat ini bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat yang membantu memperkuatkan mentalnya.
“Sekarang saya dah ada ‘support system’ daripada orang sekeliling yang membuatkan mental saya kuat dan saya berhenti melakukan tindakan memudaratkan,” ujarnya.
Hawa berharap perkongsiannya ini dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai agar segera mendapatkan bantuan jika berdepan dengan masalah yang sama.
“Menerusi perkongsian ini, saya berharap orang ramai mengambil pengajaran agar mendapatkan bantuan segera andai berdepan masalah sama,” katanya.
Dengan sokongan yang kuat dari orang sekeliling dan usaha untuk menjaga kesihatan mentalnya, Hawa Rizwana kini menjalani kehidupan yang lebih positif dan sihat.
Sumber : Murai.my
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Meols pernah crash diet sampai masuk hospital, jadi gastrik teruk..dok ulang alik je la kadang2, kena masuk drip..semua sebab orang cakap weight gained banyak sangat masa kat U..lepas tu dah tobat bila weight drop sampai 40kg..tak diet dah sb underweight sangat..semoga Allah selamatkan anak2 iols dari mental illness ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua sebab terlalu dengar cakap2 org. you know what's best for you. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kurus sangat tak cantik, jadi kecut dan nampak tua. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh genglah gn sepupu aku takut sgt gemok ikut gen maknya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xgemar org tegur badan aku naik la apa la.. aku akan terus pegi scroll zara h&m asos apa semua and shopping baju baru ko ingat aku ada masa nak muntah2 apa aku makan? Baik aku melawa wangi2 takat badan naik apadehal, aku pun dress up jenis pakai baggy oversized lagi la jejanz curious nak tau bentuk badan aku sebenar.. astagaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
makan sedap2 baru la berbaloi naik berat badan
|
|
|
|
|
|
|
|
Eating disorders ni payah tau nak heal. Kawan2 asrama I ramai bulimia ni. Tu masa tahun 1990s. Sekarang ni I tengok macam tebalik pulak, teenagers ramai stress eating. Why la sampai 3 servings air manis sehari...Seram |
|
|
|
|
|
|
|
masa tengah tunggu result SPM aku pernah diet kaw2 + makan pil doramin..
ya ampun, aku dah mcm drug addict..
mak & arwah bapak dapat tau, teruk aku kena maki..
terus stop diet dgn makan pil tu pastu badan naik bagai dipam-pam
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau masih teenager, elokla bersenam bagi tinggi... badan naik 10kg pun tak obvious |
|
|
|
|
|
|
|
I love uols punya cara. Confident level tinggi giler & hebat ignore manosia yg complaint..haha
bukan typical acik forum uols ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan...I tiap hari gi gym & running, bukan sbb nak jaga badan, tapi sebab nak makan sedap. Kalah dgn makanan sedap ni
|
|
|
|
|
|
|
|
wannoorazlina replied at 1-8-2024 03:53 PM
masa tengah tunggu result SPM aku pernah diet kaw2 + makan pil doramin..
ya ampun, aku dah mcm drug ...
Lepas benti doramin jadi doremon
|
|
|
|
|
|
|
|
makan dh sedap, body pun kenalah mantap
agitchewww
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup kalau berpaksikan pendapat orang lain aje memang macam tu la jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
marchikobonzo replied at 31-7-2024 10:18 AM
Meols pernah crash diet sampai masuk hospital, jadi gastrik teruk..dok ulang alik je la kadang2, ken ...
Bahaya bila kena gastrik...akak jenis yg x boleh nk diet..kecuali puasa ok je sb kita sahur...tetapi badan boleh turun berat...tp jgn diet yg melampau..mesti kena gastrik
Badan akak jenis cepat naik bila dah berusia ni...tp tula susah nk kontrol nafsu makan ..makin berusia makin kuat melantak |
|
|
|
|
|
|
|
Metabolism rate kita makin jatuh bila aging..tu yang payah nak turun berat
|
|
|
|
|
|
|
|
uols slay lah... that's the way to go.
Biasanya org yg komen2 ni bukan nya lebih herlok, tapi nak project insecurity dorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 2-8-2024 12:02 PM
I love uols punya cara. Confident level tinggi giler & hebat ignore manosia yg complaint..haha
bu ...
Aku xrasa badan naik pun sebab bila jmp spesis2 yg suka tegur bentuk fizikal org ni pun kita jmp dia setahun 2-3x je pun.. kebetulan masa jumpa aku pakai oversized shirts so nampak la gelebeh. Ah lantak la korang janji aku sihat syukurrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|