CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33851|Reply: 3

‘Kamulah manusia paling tak berhati perut dan durjana’

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Serabut dengan ‘drama’ murahan, pengarah dan penerbit, Michael Ang menyelar tindakan seorang pensohor media sosial yang sebelum ini didakwa mahu menyebarkan foto intim dan bogel bekas isterinya.

Ujar Michael, 48, perbuatan tersebut sangat melampau dan tidak berhati perut terutama terhadap wanita yang pernah menjadi suri hati hidup lelaki terbabit.

“Tunjuk dan terangkan apa saja, siap pakai ‘white board’, sampai tunjuk ‘footage’ yang diedit untuk pertahankan diri.

“Tetapi nak pertahan diri sampai sanggup nak aibkan dengan gambar bogel orang itu.

“Walaupun gambar itu bersama dengan awak tapi awak sendiri nak sebarkan dengan alasan awak tidak dilihat dalam video tersebut. Ini sangat melampau.

“Apa awak cakap, nak pakai lawyer, rakyat Malaysia dah anggap awak manusia paling tak berhati perut dan durjana,” katanya menerusi Instagram Story.

Isu meleret sehingga mahu saman menyaman, Michael berharap agar kemelut terbabit diselesaikan secara baik selain tidak membuka ruang kepada orang ramai membuat andaian dan menjatuhkan hukuman.

“Benda dalam kain sampai saman menyaman baik diam diri sahaja, jangan buka ruang dekat orang luar buat andaian dan hukuman sendiri.

“Apatah lagi aib yang boleh jatuhkan maruah orang seperti gambar bogel,” jelasnya.

Pun begitu, pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu tidak menyebut nama mana-mana individu dalam hantaran terbabit.

Bagaimanapun rata-rata netizen menganggap hantaran tersebut ditujukan kepada pempengaruh Andika Putera yang sebelum ini menyangkal dakwaan berlaku curang ketika masih bergelar suami.

Sejak semalam tular perkongsian WhatsApp ugutan daripada pempengaruh itu yang mahu menyebarkan video intim dan gambar bogel bekas isterinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape influenza tu?

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hal org pandai komen...hal sndri kena saman pandai plak diam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:51 AM | Show all posts
adan ukerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.227347 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list