SINGAPURA – Seorang ibu dipenjara 13 bulan selepas mengaku salah menyebat anak lelakinya yang berusia enam tahun lebih 100 kali dengan tali pinggang kerana berkelakuan nakal, lapor portal berita The New Paper hari ini.
Wanita itu juga menumbuk anaknya dan memaksa mangsa berdiri dalam keadaan terbalik iaitu tangan ke bawah selain menendang serta menamparnya.
Dia kemudian membuat laporan polis palsu bahawa kanak-kanak itu didera oleh teman lelakinya.
Wanita itu mengaku bersalah pada Ogos 2023 atas pertuduhan mendera anaknya tetapi hukuman terhadap tertuduh dibacakan oleh sebuah mahkamah daerah hari ini.
Nama wanita berusia 33 tahun itu tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti budak lelaki itu.
Ketika melakukan kesalahan pada Mei 2020, mangsa tinggal bersama tertuduh, adik-beradiknya yang lain dan teman lelaki tertuduh. – AGENSI
Sumber : Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
budak 6 tahun kot.. ko sebat sekali sudah.. ni smpi 100x.. nnt ko dh tua, anak ko nk kol ko pon malas, mula la viral.. anak ko tu anak derhaka.. netizen pon kesian ngan ko.. pastu soh anak ko maapkan ko.. mak tu tetap mak.. bapak tu tetap bapak.. bapak rogol anak, mak tutup mata pon xpe.. bapak/mak hentak anak pon xpe sepanjang grow up.. tu dosa dia ngan tuhan... yg penting ko xleh derhaka.. gitulah ending dia.. selalu mcm tu la kesudahannya..
Post time 4-8-2024 07:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Duduk dengan boifren. What to expect. Mesti boifren tak suka anak2 ko. Pastu mula la ko menyebat anak. Sebabnya hanyalah ko takleh hidup takde jantan. Pathetic.
Ni ko masuk penjara, anak ko tinggal dengan boifren. Bijak sangat maknyer pun