View: 43666|Reply: 36
|
Saman Rafidah RM250, 000, bekas majikan pernah ajak selesai cara baik
[Copy link]
|
|
Difitnah sehingga reputasi tercalar, usahawan Datuk Haris Embong tidak menyesal mengambil pengacara Rafidah Ibrahim bekerja bawah syarikatnya biarpun prestasi tidak seperti diharapkan.
Haris berkata, segala yang berlaku sejak fitnah Rafidah terhadapnya disebarkan tiga tahun lalu dianggap sebagai pengajaran yang mematangkan.
“Saya mengenalinya di sebuah majlis keusahawanan pada Mac 2021. Selepas menyapa saya, dia menyatakan hasrat untuk bekerja tetapi saya maklumkan syarikat tidak mengambil pekerja susulan pandemik Covid-19.
“Bagaimanapun saya bersetuju mengambilnya sebagai Ketua Pegawai Pemasaran pada Jun 2021, sebelum khidmatnya ditamatkan pada 26 Ogos 2021 atas persetujuan bersama.
“Apabila tohmahan mula tersebar menerusi media sosial selepas dia tidak lagi berkhidmat dengan kami, awalnya saya memang mahu menyelesaikan hal ini dengan baik,” katanya pada sidang media yang diadakan di RE Kitchen, hari ini.
Hadir sama, peguam korporat kumpulan syarikat berkenaan iaitu Datuk Mohd Hifdzi Hamzah dari Tetuan Hifdzi Kee Hanisah & Co; ahli Lembaga Pengarah Arisprop Holdings, Ismail Taib dan peguam yang menguruskan kes saman fitnah, Foo Hong Chuen mewakili Tetuan Izral Partnership.
Menurut Haris, tujuan penjelasan kes saman fitnah yang memihak kepadanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu adalah bagi membersihkan reputasi syarikat pengeluar makanan sejuk beku dan rumah produksi miliknya.
“Sebagai syarikat yang mempunyai imej bersih sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, saya harap kepercayaan rakan niaga serta pelanggan dapat dikukuhkan kembali,” ujarnya.
Pada masa sama, akuinya tindakan penyanyi dan pelakon terbabit juga tidak membuatkan pihaknya serik membantu individu memerlukan pekerjaan dan menjalin kerjasama dengan selebriti lain.
“Kalau nak cakap serik, saya secara peribadi suka membantu orang bahkan syarikat kami juga sedia bekerja dengan artis lain pada masa akan datang.
“Dalam syarikat sendiri pun, ada program khas membantu usahawan dan golongan asnaf, manakala menerusi rumah produksi, kami sudah menerbitkan banyak drama dan bakal hasilkan filem.
“Situasi yang berlaku ini tidak menyekat saya dan syarikat yang menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat,” katanya.
Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Haris dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd.b berhubung hantaran fitnah yang dibuat di akaun media sosialnya pada 2021.
Keputusan itu dibuat Hakim Dr Mohd Johan Lee @ John Lee Kien How selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Datuk Haris Embong, 47, selaku plaintif pertama manakala syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan sejuk beku sebagai plaintif kedua.
Rafidah juga dikenakan faedah lima peratus setahun bermula penghakiman sehingga selesai membuat pembayaran ganti rugi itu.
Tambah Haris, sebelum ini dia tiada masalah untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik, namun tiada maklum balas daripada selebriti itu yang memaksanya membawa isu berkenaan ke mahkamah.
“Dari awal lagi saya tiada masalah untuk berbincang secara baik. Malah, ketika dia memuat naik hantaran berunsur fitnah dalam media sosial sebelum ini, saya sudah cuba menghubunginya berulang kali selain turut menghantar mesej.
“Namun jawapan yang saya terima mengecewakan apabila dia meminta saya menunggu maklum balas peguamnya dan kalau nak cakap fasal maaf, sebagai orang Islam kita memang disarankan memaafkan orang lain.
“Saya juga tidak pernah meletakkan jumlah tuntutan bagi kes ini, sebaliknya denda yang dikenakan terhadapnya diputuskan mahkamah,” katanya.
Begitupun, beliau enggan mendedahkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung akibat fitnah dilemparkan Rafidah.
Terdahulu, Rafidah pernah bekerja bersama Arisprop Holdings Sdn. Bhd. sebagai ketua pemasaran syarikat berkenaan.
Sumber : Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Byk tu 250 ribu.latest dia berjuang psl tanah plak ksn
|
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran untuk retis. jangan ingat ko fofuler boleh buat sesuka hati. konon power of popularity powerful. akhir nya makan diri. pandan muka retis |
|
|
|
|
|
|
|
retis2 malaysia tarak education tapi berlagak macam graduan cambridge oxford. University LONDON
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg sheols sebar pitenah psl tok aris tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
bala mulut juborr cirit....itulah dia.. tak lama lagi tunggu kena saman ngan pemaju perumahan pulak.... gigih konon pertahankan hak melayu bumiputera bagai, padahal kau nak sakau duit mak bapak tak dapat kan... hahahaha.. mak ayah adik beradik dah setuju nak jual tanah kan, kau je demand kata tak cukup...walhal bukan duduk situ pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la meroyan tak tentu hala… nak cari duit untuk persediaan bayar saman agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe boleh buka tabung derma. Geng geng walaun ramai sokong dia kan boleh lah derma singgit sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
suami tak tegur ke ek... dok ke hulu ke hilir sambil bawak anak |
|
|
|
|
|
|
|
Masih teringat dia kantoi freehair mase dating…kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Knp minah ni tetiba mencirit merata2? Laki x cukup kasi nafkah zahir batin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 replied at 3-8-2024 03:35 PM
Masih teringat dia kantoi freehair mase dating…kihkihkih
haha mamat yg kantoi kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bahana mulut tiada insuran |
|
|
|
|
|
|
|
Over minah ni
Kes kg sungai baru pun dia je melalak lebih
Jgn sampai pemaju pula saman ko |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak tu 250k. Mau kena muflis kalau tak dapat bayar kan? |
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 replied at 3-8-2024 03:35 PM
Masih teringat dia kantoi freehair mase dating…kihkihkih
Dgn mamat Sepahtu pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berkenan betul dia ni terpaling mempertahan hak kes kg sg baru tu.
Dari awal taknak pertahan. Dengan kelek anak...hishhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan gak mulut minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Retis sendu paling tk minat tgk memek muka dia... Cebek2 elokla tkde sapa amik dia berlakon out dated |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 3-8-2024 08:37 AM
Byk tu 250 ribu.latest dia berjuang psl tanah plak ksn
Bkn fmly dia da dpt pampasan ke. Aku dgr siapa tah bgtau dlm tiktok. Tp da nama pun duit. Bnyk mana pun tak cukup selagi ada rasa tamak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|