CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26318|Reply: 73

[Tempatan] 50 peratus penjawat awam obesiti

[Copy link]
Post time 3-8-2024 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-8-2024 06:27 PM

PUTRAJAYA: 50 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, sehubungan itu penjawat awam terbabit digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti sihat sebagai usaha memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik.

"Saya dimaklumkan bahawa 50 peratus obesiti dalam kalangan penjawat awam, khususnya di Putrajaya.

"Jadi adalah penting mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk acara larian seperti hari ini yang amat kita galakkan," katanya selepas menyertai program Car Free Day (CFD), di sini, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mohd Zuki berkata, program sihat membabitkan larian pada hujung minggu akan diteruskan di setiap kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara selepas ini.

"Larian sebegini sebagai satu bukti untuk kita menggalakkan budaya sihat dalam kalangan penjawat awam khususnya," katanya.

Ditanya mengenai program kemerdekaan, Mohd Zuki berkata, agensi kerajaan ketika ini sudah bersedia meraikan bulan itu selepas penganjuran kempen kibar jalur gemilang oleh Perdana Menteri, minggu lalu.

"Semua pihak sudah mengambil inisiatif untuk mengibarkan jalur gemilang malah mengatur pelbagai program sempena bulan kemerdekaan seperti acara patriotik dan membaca puisi. Kita jangkakan ia akan padat menjelang 31 Ogos ini," katanya.

CFD yang dirasmikan oleh Fadillah, hari ini turut menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang membabitkan lebih 1,500 penjawat awam dan keluarga.

Program CFD yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan diadakan pada minggu keempat pada setiap bulan, serta diadakan semula selepas enam tahun penganjuran.

Ia dilakukan untuk memberi peluang kepada penduduk sekitar menjalankan pelbagai aktiviti riadah sihat seperti berjalan kaki dan menaiki basikal.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2024 06:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 08:12 AM | Show all posts
Senang hatikan

Gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Habiskan makanan meeting
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
gemok = sng hati

mana nak cari staf senang hati sepanjang masa, cuba bersyukur sikit
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols overweight
Tp tak gemuk
Iols kalau bawah 60kg..sama kurus cm gigi hadid kang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2024 09:33 AM | Show all posts
shernazz replied at 8-8-2024 09:27 AM
Iols overweight
Tp tak gemuk
Iols kalau bawah 60kg..sama kurus cm gigi hadid kang

uols mesti tinggi lampai orang nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 09:59 AM | Show all posts
meeting ada makan,pastu kat opis selalu ada makan2, minuman manis2 plak tu,
outstation mesti ada aktiviti makan2,kursus pun mesti ada makan2,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2024 10:05 AM | Show all posts
BMI chart tu mcm quiet stringent laa.  nak kena betul2 ringan baru dlm healthy. average normal people yg sihat dan fit pun ramai berada dlm chart slightly overweight kalau ikut BMI chart.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 8-8-2024 09:59 AM
meeting ada makan,pastu kat opis selalu ada makan2, minuman manis2 plak tu,
outstation mesti ada akt ...

Habis tak makan kang tak larat nak buat keja pulak. Jadi tak produktif
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 10:48 AM | Show all posts
jgn la salahkan kami happy2 bekerja di kerajaan nih...
sbb tu obesiti..ha gituh hakak keje gomen menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 12:16 PM | Show all posts
makanan x abis angkut bawak balik bertubi tubi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 12:24 PM | Show all posts
pot luck banyak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
The best news I heard today. Bagus la acik gomen gemuk2. Kerja tak seberapa, muka hangin memanjang, pastu gaji naik, guna duit income tax kami. Padan muka. Yang kerja lecturer pulak memanjang ambik hantar anak, pastu ranking uni corot, dia kata ranking tak penting. Padan muka gundu. Karma is real gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 8-8-2024 09:33 AM
uols mesti tinggi lampai orang nya

170++
Hoho..
Iols pernah berat 59kg
Jadi mcm hantu plak iols nengok
Hahaa
Now berat iols 70kg
Tp doc cakap okay je cuma jaga oemakanan
Tu je
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisahla..asalkan.sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp suami dorang sayang je
Kadang tu tak puas hati gak
Kita yg lagi lawa drpd bini2 dorang tu dia tak pandang pun siap buat muka masam bila terserempak kat mana2
Hehh tercabar betui laaaaa
Kalau bini memasing persis model takpela nak menyombong
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi lah gym juga chuolz.. 80% diet 20% exercise...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 8-8-2024 06:25 PM
Suchi replied at 8-8-2024 04:35 PM
Tp suami dorang sayang je
Kadang tu tak puas hati gak
Kita yg lagi lawa drpd bini2 dorang tu dia tak ...


aik. mcm sama style yg trit laki bini naik alphard diperhati oleh laki bini konten. laki suruh kincin dalam botol, pastu she tak puas hati laki bini naik alphard bini berisi, tak mekap laki loving dan sayam ajak kincin kt tandas lain??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik gomen gundu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063848 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list