CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18101|Reply: 2

[Jenayah] Lelaki baling batu dari Stesen Monorail Imbi dicari

[Copy link]
Post time 3-8-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki baling batu dari Stesen Monorail Imbi dicari


Kejadian baling batu dipercayai dilakukan lelaki tidak siuman di Stesen Monorail Imbi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki dibaling bongkah batu besar ketika melalui Stesen Monorail Imbi, di sini, semalam.

Pengguna Facebook, Hui Min Chia memaklumkan kejadian sekitar pukul 1 tengah hari itu berlaku apabila terdengar bunyi dentuman dari belakang kenderaan dinaiki bersama teman lelakinya.

“Sebaik sahaja turun dari kereta, kami melihat ia adalah batu-bata yang terkena cermin belakang kereta teman lelaki saya ketika kami melalui lokasi tersebut.

“Selepas memerhati keadaan sekeliling, kami mendapati ada individu sedang membaling batu-bata dari atas stesen Monorai Imbi ke bawah jalan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagi menghalang kejadian sama berlaku, Min Cia berkata telah ke lokasi batu itu dibaling dan menyedari ia dilakukan oleh seorang lelaki tidak siuman dan masih membawa batu berjalan menaiki tangga lokasi sama.

“Apabila bercakap dengan polis bantuan dan kakitangan premis, mereka memaklumkan lelaki itu mengalami masalah mental dan selalu merayau di situ,” ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya mengesahkan laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

Jelasnya, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi.

“Satu laporan polis telah diterima semalam lebih kurang pukul 5 petang berkenaan kejadian ini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
patut tembak mati je org gile camni bahayakan org awam
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakitangan sendiri dah tahu lelaki ni mental leh dibiar je. Awasi lah dan halau kalau lelaki ni dah tunjukkan tendency utk mencederakan atau membuat kacau ganggu. Ni tak.. staff semua lagi rela duduk dalam kaunter beraircond dari buat rondaan. Choi sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047948 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list