CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16580|Reply: 0

[Kedah] Sebak di hari pertunangan, bapa saudara pengganti arwah bapa

[Copy link]
Post time 5-8-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Sebak di hari pertunangan, bapa saudara pengganti arwah bapa


Redzuan Muharam[email protected]







(kiri) Nur Fatin bersama arwah bapanya, Mohamad Sukor. (kanan) Nur Fatin bersama bapa saudaranya Mohamad Zamri tidak dapat menahan sebak. FOTO IHSAN NUR FATIN SHAMIELIA MOHAMAD SUKOR





Sungai Petani: Ketiadaan insan tercinta pada hari pertunangan membuatkan Nur Fatin Shamielia Mohamad Sukor sebak kerana terkenangkan bapanya, Mohamad Sukor Abu Hassan meninggal dunia pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, kehadiran bapa saudara, Mohamad Zamri Abu Hassan, 46, ke majlis pertunangannya mengubat kerinduan kerana mempunyai wajah seiras bapanya hingga gugur air matanya diatas pelamin.

Kisah Nur Fatin Shamielia, 24, mengundang sebak di laman sosial selepas berkongsi video yang tidak dapat menahan sedih ketika bergambar di atas pelamin dengan bapa saudaranya.

Video itu dimuat naik dengan kapsyen meruntun hati dan sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.

Berkongsi kisahnya, Nur Fatin Shamielia yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang berkata, majlis pertunangan dengan pasangan, Afifamin Asri, 24, diadakan pada 26 Julai lalu.

Nur Fatin Shamielia tenang pada awalnya namun jadi hiba sewaktu bergambar kenangan dengan bapa saudaranya di atas pelamin.

"Macam-macam fikir sebelum hari pertunangan tapi bila sampai masanya, saya jadi biasa saja.

"Awalnya pak tih (panggilan untuk bapa saudara) ada di luar tapi kemudian ajak dia bergambar sama.

"Waktu dia duduk di sebelah itulah saya teringat ayah sampai saya tak boleh tahan air mata untuk menangis.

"Terasa macam ayah duduk di sebelah waktu itu dan bila saya menangis, ahli keluarga lain pun sama (menangis) kerana automatik jadi sebak.

"Saya pun sekadar kongsi video di TikTok dengan niat nak jadikan kenangan tapi tak sangka dapat banyak tontonan malah saya sendiri pun menangis setiap kali menontonnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Nur Fatin Shamielia berkata, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dia sedang bertugas di Pulau Pinang.

Nur Fatin Shamielia berkata, pemergian itu kehilangan besar buatnya yang amat rapat dengan bapanya.

"Saya ada lima beradik, kesemuanya perempuan dan semuanya rapat dengan ayah. Ke mana pun ayah pergi saya akan ikut walaupun arwah tegas orangnya. Dalam tegasnya, ayah penyayang kerana selalu pesan untuk makan selain ambil ubat dan vitamin kerana saya selalu tak sihat tapi kini semua itu tinggal kenangan.

"Saya ingat, ayah yang akan jadi wali pada hari pernikahan nanti tapi tak sempat kerana Allah SWT lebih sayangkannya namun bersyukur kerana pak tih ada untuk jadi wali saya nanti," katanya.

Sementara itu, bapa saudaranya, Mohamad Zamri tidak tahu mengenai video dimuat naik Nur Fatin Shamielia sehingga diberitahu anaknya.

"Sebak juga waktu itu kerana tengok anak buah bertunang tanpa bapanya ada bersama. Saya pun tumpang sedih kerana rapat juga dengan arwah (abang)," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 5, 2024 @ 2:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119159/sebak-di-hari-pertunangan-bapa-saudara-pengganti-arwah-bapa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list