CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15855|Reply: 1

[Kedah] Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 5-8-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 5, 2024 @ 3:08pm  [email protected]







Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan lemas di Sungai Wang Tepus, Kampung Empa, Pokok Sena. - Foto ihsan Bomba





ALOR SETAR: Lelaki yang terjun ke Sungai Wang Tepus, Kampung Empa, Pokok Sena, semalam kerana panik dengan kehadiran polis ditemui lemas hari ini.

Mayat ditemui selepas 21 jam mangsa dilaporkan terjun ke sungai berkenaan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan pada jam 1.38 tengah hari.

Katanya, mayat berkenaan ditemui di dasar sungai oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM Kedah yang melakukan selaman sejak pagi tadi.

"Mayat lelaki itu ditemukan kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

"Cuaca tidak hujan semalam menyebabkan arus tidak terlalu deras," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Wang Tepus akibat panik dengan kehadiran polis kira-kira jam 4.15 petang semalam.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1280805/lelaki-terjun-sungai-lari-daripada-polis-ditemukan-lemas






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Elak jumpa polis, direct jumpa malaikat terus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053030 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list