CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13836|Reply: 0

[Kedah] Pesawah tidak perlu bimbang, air cukup untuk musim baharu

[Copy link]
Post time 5-8-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-8-2024 05:55 PM

Pesawah tidak perlu bimbang, air cukup untuk musim baharu


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 5, 2024 @ 5: [email protected]@bh.com.my







Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat MADA. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir





ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memberi jaminan keperluan air untuk pengairan tanaman padi di kawasan Muda mencukupi sehingga musim tanaman baharu 2/2024.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata sumber air di tiga empangan seliaan agensi itu masih berada pada paras normal untuk operasi pertanian, keperluan domestik dan industri.

"Mengikut rekod sebelum ini, kita masih boleh bekalkan bekalan air bagi tanaman padi sehingga musim 2/2024. Jadi petani tidak perlu bimbang dengan pengairan air ke kawasan tanaman bagi musim ini dan musim seterusnya.

"Bagaimanapun, MADA menasihatkan petani sentiasa mematuhi jadual penanaman yang ditetapkan untuk memastikan penggunaan air yang berkesan dan mengelak pembaziran.

"Apabila kita ikut jadual, petani dapat memaksimumkan hasil tanaman mereka sambil menjaga sumber air yang berharga," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehingga hari ini, status keseluruhan kedudukan semasa takungan air di tiga empangan seliaan MADA adalah sebanyak 41.97 peratus iaitu Empangan Pedu (37 peratus), Empangan Muda (7.4 peratus) dan Empangan Ahning (80.76 peratus).

Ismail berkata, untuk perancangan masa depan, MADA bercadang membuat permohonan bagi membina takungan air pinggiran air sungai (TAPS) sebagai inisiatif menakung air mentah ketika musim hujan.

Katanya, TAPS adalah alternatif yang boleh dipertimbang untuk memastikan sumber air mentah dapat disimpan untuk jangka masa panjang dan disalurkan ketika musim kemarau.

"Seperti di Kelantan, negeri itu tidak mempunyai empangan seperti kita, sebab itu mereka perlu TAPS untuk memastikan air di sungai ini dapat ditakung atau disimpan ketika musim hujan.

"Jika kita ada TAPS dan projek 'Jeniang Transfer' yang sedang dibangunkan sekarang, ia mampu menampung keperluan air untuk pertanian, domestik dan industri pada masa depan," katanya.

Sebelum ini media melaporkan fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan mungkin menyebabkan petani berhadapan kesukaran memulakan musim tanaman baharu padi yang dijadual bermula antara Oktober hingga November depan.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Mada, Che Ani Mat Zain, berkata ketika ini kesan kemarau belum dapat dilihat sepenuhnya berikutan musim tanaman satu 2024 bakal tamat antara Ogos hingga September ini.

Katanya, umur padi semasa adalah antara 60 ke 70 hari dan bekalan air sedia ada dilihat mencukupi bagi menampung keperluan petak sawah sehingga pokok mencapai tahap matang antara 100 ke 120 hari sebelum musim menuai bermula.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1280870/pesawah-tidak-perlu-bimbang-air-cukup-untuk-musim-baharu






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.776769 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list