CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3071|Reply: 0

[Pulau Pinang] Op Bersepadu Khazanah serbu rumah, rampas burung dilindungi

[Copy link]
Post time 6-8-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-8-2024 01:41 PM

Op Bersepadu Khazanah serbu rumah, rampas burung dilindungi

OlehMUHAMMAD AFHAM RAMLI

06 Ogos 2024 12:29pm




Polis bersama Perhilitan merampas empat ekor burung daripada spesies dilindungi menerusi serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada Ahad.




SIMPANG AMPAT - Seorang lelaki diberkas di sebuah rumah di Bandar Tasek Mutiara, di sini, kerana memiliki spesies burung yang dilindungi, pada Ahad.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, kegiatan itu dikesan Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Satu Pulau Pinang bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang.



Menurutnya, Op Bersepadu Khazanah kira-kira jam 9 malam itu telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

"Pasukan operasi telah merampas empat ekor burung disyaki spesies Rose Ring Parakeet dan Green Cheeked Conue.




Antara spesies burung yang dirampas menerusi Op Bersepadu Khazanah di sebuah rumah di Simpang Ampat, Pulau Pinang, Ahad lalu.




"Turut dirampas ialah tiga sangkar burung dan dua telefon bimbit disyaki diguna untuk urusan jual beli," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM10,000.


Tambahnya, soal siasat awal suspek mengaku rampasan terbabit adalah miliknya.


"Suspek dan kesemua rampasan telah dibawa balik ke Pejabat Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/678831/berita/semasa/op-bersepadu-khazanah-serbu-rumah-rampas-burung-dilindungi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.762220 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list