CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2914|Reply: 0

[Kedah] Pelajar tingkatan lima maut dihempap pokok

[Copy link]
Post time 6-8-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar tingkatan lima maut dihempap pokok


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







GAMBAR hiasan





Sik: Pelajar lelaki tingkatan lima maut dihempap pokok di Kampung Charuk Sireh, di sini ketika dalam perjalanan ke sekolahnya, hari ini.

Muhammad Assif Md Zahid, 17, meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian itu diketahui ibu mangsa yang berusia 46 tahun selepas dihubungi suaminya pada 7.44 pagi.

Katanya, ketika kejadian, ibu mangsa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dalam perjalanan dari Felda Teloi Timur ke tempat kerjanya di Sungai Petani.

"Suaminya meminta berpatah balik dan memaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak mereka.

"Ketika dalam perjalanan ke lokasi, wanita itu berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikut suaminya ke Hospital Sik, sebelum dimaklumkan anak mereka meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah pelajar itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian mendapati tiada kesan jenayah atau khianat ditemui," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 6, 2024 @ 1:34pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119519/pelajar-tingkatan-lima-maut-dihempap-pokok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.783116 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list