CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3270|Reply: 0

[Pulau Pinang] MyKad hilang, hampir setahun warga emas terlantar tak keluar wang bantuan

[Copy link]
Post time 7-8-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 12:35 PM

MyKad hilang, hampir setahun warga emas terlantar tak keluar wang bantuan


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 7, 2024 @ 11:59am [email protected]







Shah Inor menyerahkan MyKad kepada Sabri ketika mengunjungi warga emas berkenaan di Kampung Surau Seberang Jaya, Butterworth. - NSTP/ NUR IZZATI MOHAMAD





BUTTERWORTH: Lelaki warga emas yang terlantar selepas hilang dua kaki akibat kencing manis berdepan kesulitan apabila tidak dapat mengeluarkan wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan kehilangan MyKad.

Sabri Saad, 67, yang hidup sebatang kara bagaimanapun menarik nafas lega apabila dibantu melalui program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) dilaksanakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus menerima semula MyKad.

Sabri ketika ditemui berkata kad berkenaan hilang ketika dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital hampir setahun lalu.

Susulan itu, katanya dia tidak dapat mengeluarkan bantuan bulanan RM500 daripada JKM disebabkan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Duit bantuan saya minta seorang jiran keluarkan sebab saya tak boleh buat apa-apa kerana terlantar disebabkan tidak mempunyai kedua-dua belah kaki.

"Namun selepas kehilangan MyKad urusan pengeluaran wang tidak dapat dilakukan... ada pihak zakat (Zakat Pulau Pinang) datang untuk menghulurkan bantuan juga tidak boleh buat apa-apa memandangkan saya tidak ada kad pengenalan.

"Mujur saya dikelilingi jiran yang prihatin dan mereka maklumkan kepada JPN sekali gus memudahkan urusan saya," katanya ketika ditemui d irumahnya di Kampung Surau Seberang Jaya, di sini, semalam.

Terdahulu, Sabri menerima MyKad diserahkan sendiri Pengarah JPN Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin.

Shah Inor berkata, pihaknya terus turun padang sebaik menerima maklumat berhubung warga emas berkenaan yang keciciran MyKad dengan mengecualikan sebarang bayaran denda berikutan keadaan serba kekurangan.

"Kita berterima kasih kepada masyarakat sekeliling yang mengambil berat dengan menguar-uarkan kes seumpama ini dan berharap mana-mana pihak yang menyedari ada individu lain yang menghadapi masalah sama dapat memaklumkan kepada kita membantu," katanya.

Mengulas lanjut, Shah Inor berkata, 100 lawatan turun padang dilaksanakan dalam program MEKAR antara Januari hingga bulan ini.

"Pak Cik Sabri ini adalah pemohon ke-100 yang kita bantu dalam program MEKAR Ihsan tahun ini. Selain MEKAR Ihsan, kita ada juga kategori MEKAR Komuniti, MEKAR Identiti, MEKAR Pahlawan dan MEKAR Diaspora.

"Dengan penyerahan MyKad ini membolehkan Pak Cik Sabri mengeluarkan semula wang bantuan diperolehnya termasuk memudahkan pihak-pihak lain yang ingin membantunya terutama dari sudut pemprosesan bantuan bagi meringankan beban warga emas ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1281576/mykad-hilang-hampir-setahun-warga-emas-terlantar-tak-keluar-wang






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.586292 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list