CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5307|Reply: 0

‘Ini Mungkin Kali Terakhir Abah Tengok Olimpik’ – Bapa Dayah Bakar

[Copy link]
Post time 7-8-2024 10:42 PM | Show all posts |Read mode




Pengacara Dayah Bakar berkongsi momen ketika bapanya sedang menonton perlawanan badminton Olimpik 2024.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan bapa kepada pengacara itu sedang menonton perlawanan akhir badminton antara Malaysia menentang India.





Dalam masa yang sama, dia turut menadah tangan dan mendoakan kejayaan pemain perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia.


"Ya Allah, bagilah Malaysia menang. Amin."


Namun, paling menyentuh perasaan adalah apabila bapanya berkata itu mungkin kali terakhir dia menyaksikan Olimpik.


"Saya tak sangka. Bukan kemenangan, tetapi lepas habis semua ini, abah cakap, ‘ini mungkin kali terakhir abah tengok badminton Olimpik sebab selepas ini lagi empat tahun’."


Dayah atau nama lengkapnya Nur Hidayah Abu Bakar tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata daripada bapanya itu.


Pengacara berusia 35 tahun itu kemudian berdoa agar bapanya sentiasa sihat dan dilanjutkan usia.


"Saya menangis, saya tak bersedia dengan kenyataan abah itu.


"Ya Allah panjangkanlah umur abahku dan limpahkan keberkatan dan kesihatan yang baik untuk abah. Amin."


Untuk info, Zii Jia merupakan penyumbang pingat yang kedua buat negara bagi temasya sukan berkenaan selepas pasangan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut memenangi pingat gangsa menewaskan pasukan Denmark.






Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049054 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list