CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16182|Reply: 1

Penuhi Permintaan Terakhir Arwah Hamdan, Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario

[Copy link]
Post time 15-8-2024 10:35 PM | Show all posts |Read mode






Pelawak Lan Pet Pet berkata dia bersedia kembali bersatu dengan kumpulan lagenda pelawak popular, Senario sebagai menghormati permintaan terakhir rakan seangkatannya, Allahyarham Hamdan Ramli.




Memetik Harian Metro, Lan berkata isteri arwah Hamdan iaitu Nohamalini Ahmed berkata suaminya mahu dia bersama Senario semula seabgai satu keluarga.


“Ketika menziarah keluarga Hamdan pada hari dia dikebumikan, isteri arwah iaitu Lin (Norhamalini Ahmed) bertemu dengan saya dan isteri, Ruby (Rubytah Abu Bakar) memaklumkan Allahyarham selalu tanya dan ingat pada saya.


“Lin kata, arwah juga mahu saya bersama semula dengan Senario atas persahabatan kami semua sebagai satu keluarga. Saya pun bincang dengan Ruby dan kami sepakat, maka kini saya kembali bersama Senario semula,” katanya.




Sementara itu, Lan berkata mereka semua anggota Senario seperti bersaudara dan rapat sesama sendiri, termasuk keluarga. Malah, anak-anak juga saling mengenali antara satu sama lain.


“Ketika arwah Hamdan sakit dan dia dirawat di Johor, saya memang tidak berkesempatan menziarahnya di sana. Cuma, saya dapat hadir pada hari pengebumian arwah dan berjumpa juga dengan semua rakan Senario yang lain.


“Hubungan kami semua (Senario) tetap baik-baik selama ini, namun hanya saya seorang sebenarnya yang dah tak mahu aktif dalam karier seni,” katanya.




Dalam pada itu, Lan berkata dia bersama kumpulan Senariounion bakal membuat persembahan konsert Showcase Senario semperna bulan kemerdekaan di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos nanti.




Sumber: Harian Metro, Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 10:20 AM | Show all posts
ke sebab apa yg dia buat selama ni xjd..so back tu senario je la..kot?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list