View: 40881|Reply: 16
|
Saya terkejut, Sama ada benar atau tidak kena tanya tuan punya diri - Yusof Haslam
[Copy link]
|
|
Pengarah Datuk Yusof Haslam memaklumkan tidak tahu-menahu tentang berita anaknya, Syamsul Yusof dikatakan memfailkan perceraian terhadap Ira Kazar hari ini.
Katanya, dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail telah terputus hubungan dengan Syamsul hampir lima tahun lalu sekali gus tidak mengetahui sebarang perkembangan terkini anak sulung mereka itu
“Memang saya baru tahu pasal (permohonan cerai) ini daripada awak. Kalau awak tak maklumkan saya langsung tak perasan.
“Syamsul dah lama tak hubungi kami apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi, untuk saya komen hal ini macam tak kena pula sebab saya dan ibu Syamsul tak dapat perkhabaran apa-apa.
“Sama ada benar atau tidak Syamsul failkan perceraian terhadap isterinya, lebih baik tanya tuan punya diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Menurut bapa kepada tiga anak itu, meskipun terkejut mendengar khabar tersebut, dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan Syamsul.
Akui Yusof, sebagai ibu bapa dia dan isteri tidak pernah membuang atau mengetepikan Syamsul sebaliknya hanya menunggu pelakon itu pulang ke pangkuan keluarga.
“Saya sendiri dah sampai ke tahap reda. Apabila dia berkahwin baharu dan kemudian bercerai dengan Puteri Sarah, saya cuma mampu berlapang dada kerana anggap semua ini ketentuan Allah.
“Sebelum ini dia yang nak kahwin dua, kita boleh cakap apa lagi? Sekarang apabila dikatakan bercerai dengan isteri baru, saya cuma mampu doakan kesejahteraannya.
“Tiada bapa yang mahu darah daging dalam kesusahan. Saya dan emaknya tetap harapkan yang terbaik buat Syamsul,” ujarnya.
Terdahulu pengarah berusia 40 tahun itu dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Menurut laporan sebuah portal berita, tindakan tersebut dibuat selepas tiada lagi persefahaman antara mereka.
Terdahulu, sekitar Oktober tahun lalu pernah timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan terbabit.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak, bahkan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu dikatakan sudah berbadan dua.
Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin di Selatan Thailand pada
6 Januari tahun lalu.
Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah memfailkan perceraian sebelum mereka rasmi berpisah pada 14 Jun 2023.
Sumber: KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Napa ler wartawan dok sibuk tanya tok selam. Napa x tanya degawan atau ira sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
I just like how dato face and handle problem.
Cool and matured.
Fatherly, definitely.
Pure heart |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin doa syaikul n sumaiyah tentang kerinduan terhadap ayah mereka terjawab. Inilah namanya jodoh ye pak kazar. setakat tu sajalah |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin doa syaikul n sumaiyah tentang kerinduan terhadap ayah mereka terjawab. Inilah namanya jodoh ye pak kazar. setakat tu sajalah |
|
|
|
|
|
|
|
Lihatlah sol sol sol...
Hang punya angakara Ortu hang nak kena hadap...
Wartawan pun, knp x tnya Sol Sol Sol sendiri...?
Sebab tak dilayan?
So next, sape lagi hangpa nk tanya? Kaza? Lps tu PS pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 19-8-2024 10:48 PM
Lihatlah sol sol sol...
Hang punya angakara Ortu hang nak kena hadap...
Wartawan pun, knp x tnya Sol ...
KazR xpernah lagi reputs approach. I yakin wartawan akan terjah PS sbb dorg tau PS jenis cakap lepas je xde sorok2.
Perasan x sepanjang konflik sol create ni, xpernah lagi wartawan kerumun kazar clan...asik2 tok selam. Xpon ps,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 19-8-2024 11:00 PM
KazR xpernah lagi reputs approach. I yakin wartawan akan terjah PS sbb dorg tau PS jenis cakap lep ...
Maybe family pak kazar pun 'lari' daripada wartawan macam sol sol.
Kesian Tok Sop, asyik dia je yang nak kena jawap, mentang² la dia jenis layan baik je wartawan. Lepas ni artikel pasal komen PS lah pulak kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 19-8-2024 10:18 PM
I just like how dato face and handle problem.
Cool and matured.
Couldn’t agree more |
|
|
|
|
|
|
|
5 latest post Irah ni... adalah in August different year
18-AUG-24
16-AUG-23
16-AUG-22
01-AUG-22
12-AUG-21
Apa ada dgn Ogos?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Toksop mesti lega takde dah nak dengar tinpat nyumpah2 lagi lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sol kena ceraikan juga sbb masyarakat xterima IK ni sbb perangai sol juga.dia pengecut dn sorok belakang.sol xleh keluar film sbb kes ik dgn dia ni.walhal sol pengecut.dedua membirah tp at the end pompuzn yg kenz..bodohnyz sol.seram sbb xleh kuo film.nti flop so kena let go ik.aku xsokong penyondol tp x sokong jantan dayus ni.nti dia ceraikan dn kowang tgk..dia aktif balik mcm xda pape dn dia diterima balik masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 19-8-2024 11:00 PM
KazR xpernah lagi reputs approach. I yakin wartawan akan terjah PS sbb dorg tau PS jenis cakap lep ...
PS pun rasa akan jawab dia tak tahu tu..
Katanya dia dgn sol hanya cakap hal anak2 je..
Dah leh hafal skrip beliau |
|
|
|
|
|
|
|
betul..ak pn x sokong ira tu tp dlm hal ni yg plg tak guna adalah sol.titik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aribaariba replied at 19-8-2024 10:33 PM
Mungkin doa syaikul n sumaiyah tentang kerinduan terhadap ayah mereka terjawab. Inilah namanya jodoh ...
ye betul.selain doa yg kuat dri ibu bapa ,doa dri anak2 juga |
|
|
|
|
|
|
|
satu malaysia tahu masalah keluarga
malu mak bapak tidak diambil peduli pun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|