View: 43693|Reply: 19
|
Hidap Kanser Limfoma Sejak 11 Tahun Lalu, Elyana Terus Kuat Jalani Kemoterapi Walaupun Sebenarnya Sudah Bebas Kanser
[Copy link]
|
|
Biarpun sudah disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu, penyanyi Elyana masih perlu menjalani rawatan kemoterapi sebagai langkah pencegahan.
Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Elyana, atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, memaklumkan bahawa dia baru sahaja selesai menjalani sesi kemoterapi di sebuah pusat perubatan.
Dalam video yang dimuat naik, Elyana kelihatan berada di atas katil hospital dengan wajah ceria meskipun sedikit keletihan. Walaupun begitu, beliau tetap mengekalkan semangat positif dan tenang dalam menghadapi rawatan ini.
“Muka terus bengkak sebab steroid dan chemo (kemoterapi). Saya sudah puas tidur tadi masa buat kimo (kemoterapi). Jadi sekarang saya tidak boleh tidur lagi,” ujar Elyana.
Beliau turut menambah bahawa selepas mengambil ubat, beliau akan cuba berehat lagi kerana tidak mahu otaknya menjadi terlalu tepu akibat kekurangan tidur.
Elyana, yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, berkongsi bahawa ini bukan kali pertama dia menjalani rawatan kemoterapi.
Pada Julai lalu, Elyana mendedahkan bahawa dia telah menjalani rawatan kemoterapi keempat. Meskipun proses rawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah, Elyana terus kuat menghadapi ujian ini dengan penuh kesabaran.
Walau bagaimanapun, perjalanan rawatan kemoterapi Elyana bukan tanpa cabaran. Sebelum ini, beliau pernah meluahkan rasa kecewanya apabila mendapat kecaman daripada netizen berikutan perkongsian mengenai rawatan kemoterapinya.
Akibatnya, Elyana memutuskan untuk tidak lagi berkongsi tentang perjalanannya menjalani rawatan ini di media sosial.
Namun begitu, sokongan dan kasih sayang daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia telah menjadi sumber kekuatan utama Elyana untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya.
Semoga Elyana terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang lain silih berganti
tapi dia masih gagah berdiri
semua atas ketentuanNya jua
gitu petang2 layan emo
sambil ditemani hujan di luar jendela
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang tu la.
Sampai hati speku Elyana fake sakit kanser. |
|
|
|
|
|
|
|
Relapse ke cmne..org buat chemo ni biasanya sbb relapse |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan Elyana. teringat member iols sekarang tengah berjuang dengan kanser limfoma juga. Tapi sampai sekarang tak tahu stage berapa apa semua sebab dia belum bersedia. Doakan kawan iols juga ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik..sarung tudung blk ke |
|
|
|
|
|
|
|
yg tudung rasanya gambar lama
|
|
|
|
|
|
|
|
yg saya faham
sebab ada pengalaman anak buat kimoterapi
bila REMISSIONED (bebas sel kanser)
tak berhenti serta merta kimoterapi
kena teruskan protokol
ada beberapa peringkat
makan tahun juga utk habiskan protokol tu
kalau relapse
tukar protokol lain ...
selepas habis semua peringkat tu (lupa nama peringkat2 tu)
kalau dah tak relapse dlm masa 5 tahun
boleh boleh kata dah sembuh ...
gamaknya ini yg Elyana lalui
|
|
|
|
|
|
|
|
masa dia umum skt kt ggv tu i mcm agak sedih la..xblh tdo..pastu asyik scroll fb dia..
pastu lama lama i jd menyampah lps dh sehat dia bkk balik tdg..
bkn i nk judge dia..tp awat dia bertudung masa tu..
skrg kangsg xtgk dh..i unfollow..i suka dia masa dunia baru..berkobar kobar nk masuk u..masa cite tu i sekolah rendah |
|
|
|
|
|
|
|
masa belum 100% bebas kanser dulu, dia ketepikan chemo.. kata nak bagi peluang kat pesakit lain..
bila dah bebas kanser buat chemo balik la pulak..? |
|
|
|
|
|
|
|
emilyrose: masa belum 100% bebas kanser d ...
I pon igt sheols ulg indo kan ckp rwtn alternatif katanya masa tu and hold hospital punya treatment |
|
|
|
|
|
|
|
Asal kemo je pakai tudung.
Dh elok berambut, togel balik.
Kalau tak nak org tgk kau yg botak, pakai snow cap je la.
Ni kau buat tudung tu mcm pakai bra, kejap bukak kejap tanggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang ada cancer ni rasanya kalau dah sembuh pun tetap masih ada sel kanser dalam badan. Anytime boleh aktif balik semula. Jiran sebelah rumah kakak saya macam tu lah. Dah bertahun cancer free...tapi tiba-tiba meninggal sebab kanser dia aktif semula |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu i kesian sangat dia ni. Pantang ada mengata dia buka tudung, mesti i perasan hero protect dia Tapi bila dia dah sembuh, kuat sentap la pulak. So, mana2 lah. Malas nak back up (walaupon aku tau dia tak minta pon kena back up kekekek) |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 20-8-2024 05:40 PM
yg tudung rasanya gambar lama
Oh gamba lama rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 20-8-2024 06:35 PM
masa dia umum skt kt ggv tu i mcm agak sedih la..xblh tdo..pastu asyik scroll fb dia..
pastu lama la ...
uolss... dia pakai tudung sbb rawatan tu abes rambut bulu semua gugur |
|
|
|
|
|
|
|
Khabarnya dia ni suka on off treatment .sebb Tu prolonged rawatn dia..adik iols pun lymphoma 2 tahun continues chemo and treatment without skip... alhamdulillah da recover.. doktor kata bila chemo ni..da masa Kita akn rasa da sihat..so kita pun skip next rawtan.. itu yang bil ada symptom balik
...kena mula semula |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la. Ubat DND daun karipuley kan ade…leh telan byk2 nnt bebas la kanser semula |
|
|
|
|
|
|
| |
|