View: 44594|Reply: 16
|
Geram Difitnah Mahu Tuntut Hak Penjagaan Cucu, Ibu Aliff Aziz Tegas Keluarkan Saman - “Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia"
[Copy link]
|
|
Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahi, meluahkan rasa marah dan kecewa selepas difitnah oleh seorang netizen yang menuduhnya ingin menuntut hak penjagaan salah seorang cucunya.
Tuduhan melampau ini telah mencetuskan kemarahan Siti Hafiza, yang berjanji tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Siti Hafiza secara terbuka menegur individu yang menyebarkan fitnah itu dan meminta agar hantaran berkenaan segera diturunkan.
“Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan. Jika tidak, saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” tegasnya.
Siti Hafiza turut menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dan bersedia untuk berhadapan dengan pelaku bagi menyelesaikan isu ini. Dia ingin mengetahui dari mana individu tersebut mendapatkan maklumat tidak benar yang disebarkan di media sosial.
“Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadapnya. Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, seorang individu memuat naik hantaran di TikTok menuduh Siti Hafiza mengeluarkan kenyataan bahawa bekas menantunya, Bella Astillah, perlu menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff Aziz supaya berlaku adil bagi kedua-dua pihak.
Tuduhan tersebut muncul selepas Hafiza dan Aliff, 33, memuat naik beberapa hantaran di media sosial pada Julai lalu, yang berkongsi luahan rindu mereka terhadap dua orang cucu, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas perpisahan itu, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh terhadap kedua-dua anak mereka kepada Bella.
Kes ini menjadi tumpuan ramai apabila ia melibatkan keluarga selebriti terkenal, namun Siti Hafiza tegas dalam pendiriannya untuk melindungi maruah diri dan keluarganya daripada fitnah yang tidak berasas.
Ini juga menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial.
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus laa acik bodoh ni kuat sembang...
Sila bagi info pasal tindakan2 ko seterusnya supaya bella cepat2 buat keje counter argument |
|
|
|
|
|
|
|
Kau yg bermulut mcm punchkad ayam…lpas tu konon bg peringatan kat masyarakat. Duduk je la kat umah flat reban ayam ko kat singapork tu. |
|
|
|
|
|
|
|
acik ni better diam2 je kat singapore sana, kata ummah negara maju kan. Dua2 pihak ekceli ekna diam dan teruskan kehidupan macam biasa. Selain itu, netizen juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan retis la hanat.
Ntah brapa byk tered nk bukak pasal acik ni.
Semak! |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh samang konon. Byk duit nak hire loyer. |
|
|
|
|
|
|
|
tulis gitu pun kira fitnah?
komen aje cakap "saya tak tuntut hak penjagaan cucu, biar lah Bella yang menjaga,, saya hanya rindu pada mereka",
|
|
|
|
|
|
|
|
senang keje aliff..die buat hal,mak die sapu bersih tlg tapau semua isu die...kdg2 kompius sape retis sbnrnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak saman ada duit ke nak hire lawyer? . Acik dok diam je la ek.. tahu lah bella nk jaga anak2 dia. Selama ni pun anak2 mmg dgn dia… netijen yg fitnah tu pun dok diam2 jgk… |
|
|
|
|
|
|
|
Nak saman tapi takde info orang yang nak disaman... apoooooo |
|
|
|
|
|
|
|
acik da tua2 kuat meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Acik duduk je la diam2 kat flat temasek tu. Adoi serabut la |
|
|
|
|
|
|
|
pelaku yg sebar cerita tu dah mohon maaf dlm tt bbrp hari lepas mak alip ss cerita dia.. tergagap2 makcik tu minta maaf kata dia kutip maklumat dan sebar je tanpa cek betul ke x... nama pelaku tu x silap nama dia zila bakri.. folower dia dlm 24k klo x silap... smlm tgk tt dia dah ilang
|
|
|
|
|
|
|
|
acik ni kena block ke?...dhtu yg dia terlebih kepo knp??...retis keponn?? |
|
|
|
|
|
|
|
walaupon banyak post hal agama, hidup mokcik still tak tenang, kesian |
|
|
|
|
|
|
|
apa la perasaan mak bapak camni? tak malu ke anak dok berulang kali buat perangai. kot merendah diri ngaku anak tu salah, sedih tatau apa silap didikan sampai jd gitu takpe la jugak. ni dok pungpang macam anak tu helok sgt perangai. |
|
|
|
|
|
|
|
mak cik gila mulut laser kaki gaduh |
|
|
|
|
|
|
| |
|