View: 30022|Reply: 15
|
"Hellooo! adalah suara hati saya - Selepas sekian lama 'bertapa', Dafi hadir dengan single terbaru
[Copy link]
|
|
Kali terakhir, pelakon dan penyanyi, Dafi mengeluarkan single Girl serta Sempurna pada 2016.
Selepas sekian lama 'bertapa', Dafi memilih bulan ini sebagai permulaan baharu tampil dengan single Hellooo!.
Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri yang juga pernah mencipta nama sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelima berkata, dia sudah lama berhasrat tampil dengan single baharu.
"Sudah lama tidak tampil dengan single baharu sejak 2016. Sehingga ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.
"Memandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masa terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak.
"Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan, cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu," katanya kepada BH Online.
Berkongsi lanjut, Dafi berkata, hala tuju muziknya kini sudah berubah apabila mempamerkan sisi lebih matang seiring dengan pertambahan usia yang kini berusia 36 tahun.
"Semakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan ketika menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat, persahabatan dan aura positif.
"Saya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.
"Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan dua figura yang juga idola saya dalam industri. Karya dihasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya terus jatuh cinta," katanya.
Dafi berkata, memilih frasa sapaan 'Hello' sebagai mukadimah untuk permulaannya dan lagu sentuhan oleh komposer Altimet dan lirik oleh Shazee Ishak itu adalah simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.
Katanya, dia tidak melihat percubaannya dalam bidang seni sebagai pematah semangat, sebaliknya meneruskan langkah untuk berjuang.
"Sebagai anak seni, keadaan sebegitu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.
"Hellooo! adalah suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian.
"Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan, namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni.
"Ini kerana saya mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan tidak mahu berputus asa begitu sahaja," katanya yang kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
cubaan utk berapa kali kah ini |
|
|
|
|
|
|
|
ape cite ular dan segala reptilia yg heshe bela dlm rumah tu yach... masih bela kahh |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm better bertapa terus je... Lagu x sedap mana pun.. Cuba la cari material best sikit kalau nak perabis duit pun .. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak dia kan bekas perdana menteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya rabbiii, dia ni biar bertapa terus, jangan keluar dari guaaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru buat muka kah lain beno rupenya |
|
|
|
|
|
|
|
umur da 36, amende la ko nyanyi lagu mcm bbnu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Lain mukanya. Ku sangka retis seberang tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hellooo! Good bye" Seriously memang spelling lagu single ko nak kena letak triple 'o' ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya. Ada rupa. Tapi syg bakat x kemana. Macam tu la ujian hidup. Tuhan x bagi kita perfect semua perkara. Yg penting jgn berputus asa. Semoga dafi berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-8-2024 12:03 PM
Bertapa buat muka?
Sekarang musim artis senior buat comeback.
Bagus lah artis senior macam Dafi ni buat comeback dengan single baharu, daripada si Rosyam Nor, buat comeback dengan promosi vape. Benci aku artis promosi produk tembakau macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|