View: 39792|Reply: 22
|
[Tempatan]
Gaji lebat di syarikat lain punca 63 pekerja 'mahir' tinggalkan MAS
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 30-8-2024 08:35 AM
PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati seramai 63 orang pekerja daripada 411 pekerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang boleh memperakukan perihal keselamatan penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain sejak Januari lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.
"Ini disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain. Bagi mengenal pasti tindakan penambahbaikan terhadap hasil siasatan mengejut CAAM, pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menyediakan pelan mitigasi.
Beliau berkata dalam satu sidang media pasca kabinet di Putrajaya pada Rabu.
Tambah beliau, pelan ini termasuk melaksanakan program merekrut tenaga kerja mahir secara agresif.
Ini termasuk mengecilkan skop perkhidmatan penyelenggaraan pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga dan memberi fokus kepada kerja (MRO) pesawat-pesawat MAB.
Ia antara lain memperuntukkan perkara perkara seperti berikut, meningkatkan tahap keselamatan pesawat ke tahap waspada bagi membolehkan fokus diberikan terhadap kebolehpercayaan rebialiti pesawat," katanya.
Tambah beliau, pelan mitigasi turut meliputi mendapatkan bekalan alat gantian enjin pesawat yang mencukupi daripada original engine manifacturer (OEM).
Untuk memastikan pematuhan terhadap pelan mitigasi tersebut, pihak MAB telah diarahkan untuk mengemukakan laporan bulanan terhadap status pelaksanaan pelan mitigasi MAB kepada pihak CAAM.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak soh laki aku pursue la jd aircraft engineer. Laki aku mechanical eng. Susah nak dpt keje. Die terer buat 3D design sume tu. Tp tulah, jd x lebat lgsg. Dpt lak kompeni hangsuang x bayo kwsp. Cari keje lain pon susah nak dpt...
Soklan aku, bole ke pursue nk jd aircraft eng? Mcm mane? Di mana? Bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu PAS yang kehilangan pemimpin profesional dan golongan intelek
Kini MAS
Sejarah itu berulang |
|
|
|
|
|
|
|
MAS ni sombong
ramai Pilot Melayu yg berpengalan mohon kerja
tapi ditolak, sbb nak latih pilot sendiri.
kan bodoh tu, yg ada pengalaman dan tak perlu kos nak train lagi
di tolak.
Lepas tu terkapai2 dgn pilot baru. |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja tersebut berhak lari ke tempat lain yg menjanjikan peluang lebih baik. byk syarikat sombong dengan 'tuntutan' pekerja dgn alasan ekonomi merundum sedangkan bos2 sedap dgn gaji melimpah ruah.
tak lama lagi proton pun boleh jadi begitu. semakin banyak pekerja mahir lari ke tempat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Dalam pekerjaan mcm ni lah game nya. Iolls pon penah je nak benti sebab gaji tak sepadan dgn kerja. Bila bos panggil kenapa nak benti, iolls jujur je kata bayaran tak setimpal dgn skop penambahan kerja. Bila bos tanya sana offer berapa, iolls jujur je bagi tahu. Bos kalau dia mmg perlukan kepakaran kita, dia akan nego naikkan gaji kita utk lawan offer pihak sana. Company bnyk je duit, boleh je kuarkan gaji bnyk cuma deyols malas, kedekut nan hadoooo. Bila kita nak blah, baru terhegeh2.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul...jgn takut demand gaji yg sepatutnya. jiran I kerja dgn proton, dapat dalam 6K, bila pindah tempat lain dapat 13K. nie pun sbb ramai kawan2 dia dah tinggalkan proton. mana tahan kerja belas tahun gaji masih ditakuk proton saga...
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 30-8-2024 05:13 AM
MAS ni sombong
ramai Pilot Melayu yg berpengalan mohon kerja
Pilot baru gaji lebih rendah. For SG, better mas pelbagai kan so that pilot muda boleh ada pengalaman dgn pilot lama |
|
|
|
|
|
|
|
nutcrack8 replied at 30-8-2024 08:30 AM
Aku nak soh laki aku pursue la jd aircraft engineer. Laki aku mechanical eng. Susah nak dpt keje. Di ...
Google je … rasa ada peluang besar tu. Araupon try hantar resume pada company aviation yg buat maintenance atau provide aviation service. Lepas tu rajin join aviation fair mcm LIMA dan selangor aviation fair. Rasanya yg selangor aviation coming soon dah. Riki2 lah |
|
|
|
|
|
|
|
Last2 bos uols counter balik tak? or dia biar je uols pi kampeni lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
kakitangan MAS ni banyak yg sombong...ko terima lah akibatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Counter. Berlawan2 dgn pihak sana. Tapi bila dapat amount yg puas hati, iolls stay la. Game camni mudah. Di masa akan datang taktik gini jugak iolls buat since dah ada kepakaran dlm bidang tertentu.
|
|
|
|
|
|
|
|
biarlah derang cari kerja lain, nk tambah pendapatn dah korang tak appreciate staff tu. lain la cikgu PASTI ok je ngan gaji 600 |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh dimaklumi dan dimengerti .... Najority pekerja berbangsa Melayu Mahagangsa tampaknya lebih menyukai "GANGSA" daripada "MAS" sebagai pilihan hidupnya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
nutcrack8 replied at 30-8-2024 08:30 AM
Aku nak soh laki aku pursue la jd aircraft engineer. Laki aku mechanical eng. Susah nak dpt keje. Di ...
Nak jadi aircraft engineer kena ada lesen |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat sikit hari dulu masa pkp dak2 aircraft technician/engineer ni la yg kena buang kerja sbb kapal tak jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar lah uniform pramugari tu. Korang serve arak macam mana kitorang nak sokong beli tiket. Kata acik2 peminat tegar air asia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beramai2 berenti serentak ke camner? |
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 30-8-2024 01:49 PM
Nak jadi aircraft engineer kena ada lesen
Haaa...itu la yg menjd persoalan tu. Nk pursue lesen tu ade max umur tak? Ongkos sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|