CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 45683|Reply: 23

Ramai ingin bermalam di Dataran Putrajaya sambut merdeka - “Tidak digalakkan bawa anak kecil, bayi sebab ruang tak kondusif untuk mereka”

[Copy link]
Post time 30-8-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya esok merupakan antara acara sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.


Tinjauan Kosmo! di ruang hantaran pengguna media sosial mendapati, ramai yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bermalam dan berkampung di sekitar lokasi acara bagi memeriahkan ambang malam kemerdekaan hari ini.


Kata seorang pengguna Facebook, AZ Jonny, aktiviti bermalam di sekitar Dataran Putrajaya pastinya akan memberi pengalaman paling manis kepada mereka yang terlibat.


“Nak tahu semangat merdeka anda, jom turun bermalam di Dataran Putrajaya. Ajak suami, bini, anak-anak, kawan-kawan ikut sama. Kita rapatkan hubungan antara satu sama lain. Pasti akan jumpa kawan baru malam ini,” katanya.


Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, sebanyak 400 tapak perkhemahan dibuka kepada orang awam yang ingin bermalam sehari sebelum acara sambutan dan perarakan.


Katanya, lokasi tapak perkhemahan terletak di Taman Pancarona, belakang Istana Kehakiman dengan caj sewaan bermula serendah RM20 sehingga RM55.


Sementara itu, semakan Kosmo! di aplikasi TikTok, beberapa pengguna berkongsi tip kepada orang ramai yang ingin bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2024.


“Datang awal kalau nak tempat yang selesa dan strategik untuk nampak pertunjukkan. Tahun lepas pukul 12 tengah malam dah penuh. Tahun ini boleh rancang lebih awal.


“Sediakan payung atau baju hujan elak panas terik dan hujan. Bawa air dan makanan secukupnya. Untuk keselesaan boleh sediakan juga kipas tangan.


“Tidak digalakkan bawa anak kecil, bayi sebab ruang tak kondusif untuk mereka,” pesan Atiqah.


Sumber – KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 03:51 PM | Show all posts
Ini lah masa nya spam content kat tt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Biorrr betik nak bermalam kat Dataran tu. Dgn Mpox nya, musim hujan nya. SG suspect mesti deme ni pasang khemah kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti org luar putrajaya la kan
org putrajaya dok dediam kat rumah tgk hari merdeka live kat tv je
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:04 PM | Show all posts
tahun lps, adik kakak ipar aku
drive dr Batu Pahat ke Putrajaya
join sambutan
smpai Putrajaya pkl 4 pagi
sempat tido kejap dlm keta
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun depan aiols ghasa macam nak buat perangai darat gini bawa anak2. Sebab tapenah tengok live celebration Merdeka depan mata. Peringkat negeri pun tak pernah gara2 terlalu malas nak bersesak2 dek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dengar kt radio ikim thn lps chup tempat lps maghrib ko
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain ye semangat merdeka zaman sekarang.
Pada aku cara ni lebih kepada "ambil peluang" yang ada saja. Tengok lepas acara nanti, itulah semangat merdeka cintakan tanah air yang sebenarnya. Mentaliti rakyat tahap apa.
Setakat camping bermalam dan buat kotor sana-sini (buat maksiat belum sentuh lagi), itu bukan semangat merdeka namanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 05:14 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 30-8-2024 05:06 PM
Lain ye semangat merdeka zaman sekarang.
Pada aku cara ni lebih kepada "ambil peluang" yang ada saja ...

malam merdeka la nak isap puting...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
gigihnya beranak kecik pun nk pegi sambut merdeka, duk umah tgk tv jer lah.. tunggu anak ko besar baru bawak pegi tengok bunga api
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak yg ada anak2 kecik ngan baby tu tolong la lebih bhati2 sikit,jaga anak2 tu jangan ada kes hilang ke apa...dhlah banyak kes org hilang sejak kebelakangan ni,dengan kes banjir kilat la,tanah mendap la...even waktu raptai tadi pon ada kes
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-8-2024 05:14 PM
malam merdeka la nak isap puting...

Adoiiiii! Hahahaha kuis gentel segala
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:42 PM | Show all posts
Sambil cuci mata tengok abam sado, sampah tu jangan dilupa bawa balik sekali

Kempen Jom Bawa Balik Sampah









Tahun lepas sewaktu sambutan Merdeka di Putrajaya:


“Bila nak berubah?” – Sambutan Hari Merdeka Meriah Tapi Banyak Sampah Dibuang Merata-rata?




https://lobakmerah.com/bila-nak- ... ibuang-merata-rata/



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi sanggup ko nyah berkampung dgn budak2 kecik nak sambut merdeka...

Dah tua2 ni duk rumah je lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku suka bawa adik beradik aku tengok perarakan merdeka.tp peringkat negeri je lah. Hampir setiap tahunla mak aku bawa masa zaman sekolah.semua adikberadik aku pergi. Aku sorang je yg tak pernah pergi. Adik. Aku cakap aku je pelik sbb tak pernah ikut.aku rasa biasa je sbb tak suka ramai org.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihhhh koserrrrr nak bersesak2 berpanas2 melekit atas bawah! Bau mesti kepam. Bangun2 tido nak tgk perarakan, dgn tak mandi, tak gosok gigi. Yihhhh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada ramai jugk yg suka bersesak2 gini, kawan aku la salah sorangnya, tiap kali merdeka ke, new year ke, mesti dia gi ngan famlly, iols ok je dia gitu, dah itu kesukaan dia dan kluarga..iols ngsn ank2. membuta kat rumah je la
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu penuh sampah sarap buang merata. Elok sangat lah tu. Kepada yang tak buang sampah merata, beribu² tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Tahun depan aiols ghasa macam  ...



Pegi la buat. Mesti akan dikenang sepanjang hayat anak² tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
esok pagi nak masak nasi lemak, ayam goreng berempah, kopi panas.. duduk dpn tv tgk perarakan.. lagi syokkk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 70159 Replies : 651
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 39995 Replies : 173
Terkedu, sugul selepas makamah arah dibicarakan. Bekas isteri berhijrah ke Australia {14 Oktober sebutan kes}
maklukpenggodaTerkedu, sugul selepas makamah arah dibi
Views : 54041 Replies : 1634
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 50975 Replies : 53
JoyahMengayah
Views : 206228 Replies : 293
Parit.Hilton
Views : 41473 Replies : 32
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 28516 Replies : 67
Pemimpin GISBH akhirnya mengaku
maklukpenggodaPemimpin GISBH akhirnya mengaku
Views : 8875 Replies : 3
Gambar terbaharu Kate curi perhatian
maklukpenggodaGambar terbaharu Kate curi perhatian
Views : 34546 Replies : 8
Fitnah, Wan Fayshal disaman
maklukpenggodaFitnah, Wan Fayshal disaman
Views : 4572 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.072119 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list