CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46785|Reply: 2

[Tempatan] Melukis Atas Songket Banyak Cabarannya

[Copy link]
Post time 31-8-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Idea kreatif pemuda ini menterjemahkan konsep kepelbagaian kaum di Malaysia melalui lukisan pada sehelai samping songket mendapat perhatian netizen yang turut memuji kemahiran dan kreativitinya yang unik.

Muhammad Darwisy Mustafani, 23, menghasilkan karya itu dengan menggunakan medium yang bukan kebiasaan apabila kain samping songket menjadi pilihan untuk 'menceritakan' keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.

Menurutnya, lukisan itu ditempah pelanggannya yang pada mulanya mahu lukisan yang berunsurkan Malaysia yang diterjemahkan pada kain batik, namun dia menyuarakan idea menggunakan songket supaya lebih ekslusif dan berbeza.

"Melukis pada kain batik sudah biasa dilakukan jadi saya beri idea guna kain songket dan idea itu diterima. Kain samping itu sudah dibeli sejak Jun lalu dan kebetulan sekarang bulan Kemerdekaan jadi ia memang sesuai dengan konsep lukisan.

"Agak mencabar melukis pada kain songket yang mana ia perlu ada banyak lapisan asas untuk menutup dasar warna benang asal pada kain itu dan saya gunakan warna rona putih. Saya ambil masa 14 hari menyiapkan lukisan itu dengan dibantu seorang rakan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menghasilkan karya menggunakan medium yang bukan kebiasaan digunakan pelukis lain atau dikenali sebagai 'experimental art'.

Antara medium digunakannya ialah televisyen, kelapa, kulit tembikai dan durian, pelitup muka, daun, kotak dan kain batik terpakai, skru dan nat, surat khabar, kulit telur, cakera padat (CD), sisa plastik makanan dan asah pensil serta 'bubblewrap'.

Muhammad Darwisy berkata, bagi menonjolkan konsep lukisan bertemakan kepelbagaian kaum, dia melukis ciri sesuatu kaum itu pada kain berkenaan dengan padanan warna bersesuaian bagi menunjukkan warna-warni kehidupan berbilang kaum.

"Menunjukkan kaum Melayu saya lukis nasi lemak, roti canai, rumah kampung Terengganu, batu seremban dan kuih anku, tarian singa dan dim sum menggambarkan kaum cina, manakala untuk India ada maruku dan rempah ratus India.

"Bagi orang di Sabah ada kuih cincin dan anyaman tradisional serta instrumen alat muzik menggambarkan Sarawak. Lukisan ini menggunakan sepenuhnya cat 'acrylic'," katanya.

Menurut Muhammad Darwisy, baginya lukisan itu juga dapat menunjukkan elemen kenegaraan sempena bulan Kemerdekaan ketika ini yang mana ia turut menunjukkan simbolik perpaduan.

"Lukisan juga menyampaikan satu mesej yang menunjukkan biarpun mempunyai banyak elemen berbeza tetapi ia tetap nampak harmoni dalam satu lukisan dan begitu juga dengan kita yang pelbagai kaum apabila bersatu padu kehidupan kita akan harmoni bersama," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang minat songket.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.274037 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list