View: 10564|Reply: 36
|
[Jenayah]
Datang Awal Nak Tengok Perbarisan Hari Merdeka, Ustaz Kata Ramai Yang Tak Solat Subuh!
[Copy link]
|
|
SAMBUTAN kemerdekaan tahun 2024 merupakan tanda kesyukuran atas kebebasan tanah air yang dinikmati sejak 67 tahun lalu.
Antara atur cara menjadi perhatian orang ramai adalah perarakan Hari Kebangsaan yang dimeriahkan dengan perbarisan pelbagai kontinjen penuh warna-warni, jentera serta aset keselamatan negara.
Program gilang-gemilang ini kebiasaannya bermula seawal pukul 7 pagi, demikian itu mereka yang berminat untuk turut serta perlu tiba awal di venue bagi mengelakkan kesesakan trafik serta mendapatkan tempat menyaksikan perbarisan.
Namun dalam keterujaan ini, seorang lelaki yang digelar ustaz tampil membangkitkan rasa terkilan selain mendakwa rata-rata hadirin tidak menunaikan solat Subuh susulan perlu bergegas ke lokasi acara.
"Kesian, sanggup datang berhimpun pukul 4 pagi, mungkin kalau rumahnya jauh perlu bertolak pukul 2 atau 3 pagi. Waktu sebegini kita sepatutnya luangkan masa bertemu Tuhan melalui ibadah tahajud, pasti diangkat darjat setinggi-tingginya.
"Namun sebaliknya pula apabila masa berharga ini digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Malah perhimpunan ini membuatkan majoriti umat Islam tidak mengerjakan solat Subuh, Subhanallah.
"Apabila program yang ditunggu-tunggu ini menyebabkan seseorang itu meninggalkan hak Allah (solat Subuh), maka inilah yang disebutkan dalam al-Quran sebagai Thaghut (amalan menyesatkan manusia daripada ajaran Islam)," ujarnya.
Tambahnya lagi, sambutan Hari Kebangsaan boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang melalaikan.
"Beribu alasan untuk membawa keluarga ke majlis ilmu, tapi boleh pula beri komitmen untuk bawa keluarga berlibur. Sanggup berpanasan untuk melihat perbarisan, alangkah baiknya jika waktu itu digunakan bagi melakukan solat Dhuha.
Tujuan saya cuma mahu menyeru masyarakat ke jalan takwa.
USTAZ
"Menerusi amalan Dhuha ini, akan diberikan kebaikan sewaktu kita menanti 'perbarisan' yang amat panjang di akhirat kelak, ketika menunggu giliran untuk dihisab. Mensyukuri nikmat kemerdekaan bukanlah dengan cara begini.
"Ini adalah budaya Barat, kita bukannya seperti mereka, kita seharusnya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan Allah SWT (fastabiqul khairat).
"Hakikatnya ini bukanlah perkara baharu, tetapi sudah berlaku sejak awal kemerdekaan lagi," jelas ustaz berkenaan.
Menyedari perkongsiannya berkemungkinan mengundang kecaman warga maya, ustaz terbabit menerangkan rasional di sebalik tegurannya itu.
"Tujuan saya cuma mahu menyeru masyarakat ke jalan takwa. Saya tidak menyebut 'semua' orang dan saya juga tidak menyebut nama individu tertentu.
"Secara logiknya, perhimpunan berskala besar yang penuh sesak, hampir mustahil semuanya mampu bangun untuk mencari tempat wuduk dan ruang bagi menunaikan solat. Lebih-lebih lagi Subuh adalah waktu yang singkat.
"Bagi sesiapa yang pergi ke sambutan ini dan jujur sempat bersolat, tak perlu melenting. Semoga hantaran ini dapat membuatkan orang ramai bermuhasabah diri dan mencari kebaikan dalam menuju reda Allah SWT," katanya menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya dilihat kecewa kerana ustaz itu memilih untuk berprasangka buruk.
"Ustaz jangan membuat andaian hanya daripada mata kasar, saya pernah pergi ke sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas, banyak disediakan kemudahan untuk pengunjung menunaikan solat.
"Saya boleh cakap apabila masuk saja waktu Subuh, majoritinya bangun mendirikan solat, hanya sebilangan kecil yang mungkin tidak menunaikan sembahyang, ini apa yang saya perhatikan sendiri.
"Macam mana ustaz nak minta maaf dekat mereka semua nanti? Sungguh tidak adil untuk ustaz membuat rumusan yang sebegini rupa," demikian kata sebahagian pelayar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terrer ustaz ni boleh tau ramai org tak subuh. Mesti geng bomoh teropong coconut. |
|
|
|
|
|
|
|
DidiAndFren replied at 1-9-2024 02:00 PM
So ustaz tu dh kena mintak maaf lah kat org2 yg pergi sana tu sbb dia buat statement yg boleh jatuhkan fitnah betul tak? Cara ckp menuduh org2 yg pergi celebration tu x solat berdasarkan andaian semata2 tu salah.. Ngko sendiri pun x nampak org solat ke tak.. Mmg ramai je gi solat sbb sana ada surau, ada masjid..diorg leh gi bergilir2 xde mslh pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik.
Ostad tak penah mai Putrajaya kot.
Sini, surau jumaat aku rasa yg paling banyak dalam Msia kot, utk dalam satu² kawasan.
Petanda surau sememangnya banyak, takde masalah nak solat pun.
Dan ostad ingat penganjur perarakan hari kebangsaan ni baru pertama kali diadakan dalam Msia ke...? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ja bersangka baik mereka yang bangun awal tu sholat tahajjud dulu tapi dia memilih untuk bersangka buruk. Typical.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ke 2 baca kisah orang dok menuduh yang boleh jatuh fitnah mengata depa yang pi tengok perbarisan Hari Merdeka tak solat
Dah serupa jadi Nujum Pak Belalang temberang aka tukang telek temberang memfitnah orang tak solat
Macam lah amalan solat dia 100% di terima Allah SWT dan dah confirm masuk syurga Firdaus
|
|
|
|
|
|
|
|
Tafaham aku mcm mana korg boleh tahan bersesak2 dlm cuaca panas |
|
|
|
|
|
|
|
Statement holier than thou. |
|
|
|
|
|
|
|
dah...depa nak 'MERDEKA'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan Ustaz mmg monitor these people dari sebelum azan sampai la ke syuruk, and witnessed with your own eyes, tak nampak diorang bergerak ke mana2, then fine |
|
|
|
|
|
|
|
Setad mana ni? Sembang terpaling maksum |
|
|
|
|
|
|
|
Ok so y x pergi tu sume smayang awal waktu ke ustaz??? Surau bersepah la dalam radius 500 m. Jalan kaki 10 min sampai. Pembohong kata x semayang. Jamban pun banyak la skrg. Semoga tahun depan ustaz tu yang kena berarak wakil kontinjen pusat zakat ke majlis agama. Baru kau tau betul ke x apa ko ckp |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz apa macam ni Suuzon perangai suka bersangka buruk pada orang ramai.
Menjijikkan. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 1-9-2024 08:15 PM
Tafaham aku mcm mana korg boleh tahan bersesak2 dlm cuaca panas
Sebab dah adaptable dgn climate tempatan sejak lahir. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak malu ke tuduh orang tak solat. Ingat kiblat tu ada kat rumah ustaz je ke cemana. Orang kalau memang jenis solat, pergi marathon 42 km pun dia stop solat subuh dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 2-9-2024 12:53 AM
Sebab dah adaptable dgn climate tempatan sejak lahir.
Bukan adaptable tp "terpaksa" sb dh lahir kat negara panas. Kalau boleh diubah cuaca ni semua org tk nk panas terik. Cuacanyaman mcm kt genting or cameron jd idaman. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 2-9-2024 01:22 AM
Bukan adaptable tp "terpaksa" sb dh lahir kat negara panas. Kalau boleh diubah cuaca ni semua org ...
Meols prefer cuaca Mediterranean |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatttt mulut |
|
|
|
|
|
|
|
sebab ni la orang ramai tambah2 orang bukan islam skeptikal dgn orang2 berkopiah ni..
sebab orang tgok kopiah = ustaz = pas.
aku pun tak minat nak bersesak tunggu dari awal pagi nak tengok perarakan ni..tapi yg mana sanggup pergi, kerajaan dan penganjur takde bodoh sampai tak sedia kemudahan..
dan kalau betul islam, orang tu akan ada inisiatif sendiri utk solat, bawa air botol utk wuduk..
kalau ko cakap dorang tak solat tu ko sendiri tak yakin dgn saudara2 seislam ko kat sini...macam ko lagi mulia dari orang lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|