View: 9395|Reply: 16
|
[Tempatan]
Hartanah di KL dijangka susut nilai akibat insiden lubang benam-Perunding hartanah Azizul Azli Ahmad
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Hartanah di Kuala Lumpur berpotensi mengalami penyusutan nilai selepas beberapa siri kejadian sinkhole atau lubang benam, termasuk membabitkan seorang pelancong di Jalan Masjid India, minggu lalu.
Perunding hartanah Azizul Azli Ahmad berkata insiden lubang benam akan mendorong pembeli lebih berhati-hati dan kurang berminat dengan hartanah di kawasan berisiko tinggi.
“Jika terdapat lebihan tawaran hartanah berbanding permintaan, ini boleh menyebabkan penurunan harga dan menjejaskan pelaburan.
Siapa berani beli di kawasan berisiko ada ‘sinkhole’ di bawah kediaman mereka, katanya kepada FMT mengulas prospek hartanah di Kuala Lumpur susulan kejadian lubang benam di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu.
Terdapat beberapa laporan mendakwa ibu negara Malaysia itu terletak di bumbung gua batu kapur dan risiko kejadian lubang benam boleh berlaku bila-bila masa.
Laporan itu turut mendakwa pembangunan tanpa henti, sistem saliran tidak teratur, mendapan tanah atau pasir jerlus dan bebanan melampau akibat kepadatan penduduk dipercayai antara punca bencana berkenaan.
Azizul berkata pemaju mungkin mengambil sikap berhati-hati dengan menangguhkan sementara pembangunan di kawasan sekitar serta tidak mustahil membatalkan projek hartanah baharu bagi mengelakkan risiko kerugian.
Menurutnya bencana seperti lubang benam boleh menimbulkan ketidakpastian dalam pasaran hartanah dan mempengaruhi keyakinan pelabur serta pembeli hartanah di Kuala Lumpur.
Justeru, beliau mencadangkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dilibatkan dalam projek pembangunan di Kuala Lumpur bagi mengurangkan risiko tidak diingini.
“Jika projek di kawasan hutan atau bukit kita perlu dapatkan kelulusan dan kajian dari JAS, sepatutnya pembangunan baharu di KL juga perlu ada badan pemantau supaya kita tahu apa yang berlaku terhadap struktur di bawah tanah.
Pihak pemerintah perlu menilai kembali keadaan struktur secara geografi dan geologi. Dapatkan bantuan pakar untuk menilai struktur bawah tanah Kuala Lumpur. Apakah ia selamat didiami atau perlu ada penilaian kembali kepada kesan perubahan struktur selepas kejadian itu.
Azizul turut mengesyorkan pemilik hartanah di sekitar ibu negara menyemak polisi insurans mereka, sama ada ia merangkumi bencana alam seperti lubang benam.
Jika tiada, tambah perlindungan baharu. Paling penting jangan ambil mudah jika ada sebarang tanda keretakan struktur bangunan. Lapor segera kepada pengurusan jika ada kesan air atau pergerakan tidak normal. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Satu KL susut nilai ka kawasan tu jahh? Ka camne ni? Ka satu mesia? |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu sebulan dua nanti orang akan lupa. Harga rumah di KL tetap naik juga |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 1-9-2024 06:58 PM
Satu KL susut nilai ka kawasan tu jahh? Ka camne ni? Ka satu mesia?
jenuh la kalau satu msia
kawasan sipi2 pun agaknya takde nak turun harga. tapi yg baru nak beli tu mmg berani mati la.
kwn iols dok kondo emerald ampang tu kalut cari rumah area bukit mahkota. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 1-9-2024 07:43 PM
jenuh la kalau satu msia
kawasan sipi2 pun agaknya takde nak turun harga. tapi yg baru nak beli ...
Kalau turn rega satu mesia best jugak.. bleh la fefeeling nak beli umah dusun ka, umah pencen ka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 1-9-2024 09:31 PM
Biarlah harga property turun akibat adanya tanah menfap di KL .... tetapi ajaibnya dengan runtuhnya tanah hendap maka ada kemungkinan ditemukankanya situs kuno tamadun melayu yang tinggi di dalam lubang-lubang atau guha-guha besar di waha tanah KL itu .. Konon dengan peradaban lebih maju dan tinggi daripada warisan yang ada di Lembah Bujang dan Sungai Batu ....
Di bawah bumi KL itulah peradaban warisan nenek moyang bangsa melayu mahawangsa yang sangat maju dan tinggi yang selama ini dicari-cari boleh ditemukan dan dapat merubah sejarah dunia ...Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Karut… propaaaa!! Bali tu berapa kali gempa tetap lah org nak duduk sana .. esp foreigners. Kalau local keluar.. Ramai je foreiners nak masuk Sporean, China.. belum kira Indon, Bangla lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak2 lah jerlus lagi banyak. Nak jerlus area jinjang, kepong, ceras..mana lagi ek? |
|
|
|
|
|
|
|
rumah area klcc jalan ampang dah turun harga bawah 200k ke lom?
boleh sambar sebijik dua kalau betul |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau area takde pekerjaan boleh la turun harga kaw kaw. Ni area memang tempat orang bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 1-9-2024 07:43 PM
jenuh la kalau satu msia
kawasan sipi2 pun agaknya takde nak turun harga. tapi yg baru nak beli ...
Jalan ke nilai 3 ada tanah jerlus..dah 2 bulan tak repair2 |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 1-9-2024 09:28 PM
Biarlah harga property turun akibat adanya tanah menfap di KL .... tetapi ajaibnya dengan runtuhnya ...
Takutnya dlm lubang2 tu kaum kerabat engkau yg dok menyorok situ
Kan ke kaum kerabat engkau handal dlm menarah tanah air orang, tak pikir langsung halal haram. Bila dh tua nak mampos terus jadik imam masjid supaya terhapus dosa2 itewwe. |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 2-9-2024 12:49 PM
Kalau area takde pekerjaan boleh la turun harga kaw kaw. Ni area memang tempat orang bekerja.
Kannnn merepek je disebabkan satu keling masuk lobang terus harga properties jatuh merudum. |
|
|
|
|
|
|
|
Nusaraya macam keturunan Cindo |
|
|
|
|
|
|
|
analisis yg kurang tepat, azizul harus masterbate lagi |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 1-9-2024 09:28 PM
Biarlah harga property turun akibat adanya tanah menfap di KL .... tetapi ajaibnya dengan runtuhnya ...
Jakarta pun nak tenggelam. Jangan banyak cakap deyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|