CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24818|Reply: 22

[Tempatan] Anak merengek penat lama tunggu bas

[Copy link]
Post time 2-9-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Anak merengek penat lama tunggu bas

September 2, 2024 @ 9:48am

Oleh Suzalina Halid
[email protected]



Zarina bersama anaknya menaiki bas dari Jerantut ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kanser di sebuah hospital di Lembah Klang. - NSTP/Rohanis Shukri


KUALA LUMPUR: Ibu tunggal, Zarina Hassan pernah dihambat rasa putus asa, mahu menghentikan rawatan anaknya yang menghidap kanser kerana tidak terdaya mengharungi perjalanan hampir 200 kilometer (km) dari Jerantut, Pahang untuk ke hospital di Lembah Klang.

Bukan sahaja meletihkan, dia juga terpaksa membiayai kos pengangkutan dan adakalanya terpaksa menunggu bas berjam-jam lamanya untuk ke Lembah Klang sejak 2018, tahun anak perempuannya disahkan menghidap leukemia.

Selama enam tahun juga, ibu tunggal yang bekerja sambilan di kebun sawit ini terpaksa berulang-alik dari Jerantut ke Lembah Klang, sekurang-kurangnya sebulan sekali menggunakan pengangkutan awam kerana tiada pusat rawatan kanser kanak-kanak di Pahang.

Menurut Zarina, 41, dia pernah mengeluarkan RM800 membayar tambang perkhidmatan e-hailing dari Jerantut ke Lembah Klang kerana tiada bas beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga tahun lalu.

"Dari rumah di Kampung Ulu Cheka, saya selalunya minta bantuan keluarga hantar ke stesen bas di Jerantut sebelum naik bas ekspres ke Kuala Lumpur. Tiba di ibu negara, sambung guna e-hailing untuk ke hospital.

"Adakalanya jika tiket bas di Jerantut habis, saya perlu ke stesen bas di Temerloh dengan teksi dan tambang RM70.

"Adakala saya tiba jam 10 pagi di stesen bas, jam 5 petang baru ada tiket bas kerana tiket untuk perjalanan lebih awal sudah habis.

"Secara keseluruhan, perbelanjaan bagi tambang sahaja, saya perlu peruntukkan kira-kira RM200 setiap kali ke Kuala Lumpur.

"Dengan pendapatan sekitar RM50 sehari di kebun sawit, saya perlu simpan duit bagi tujuan itu," kata ibu tiga anak ini kepada BH.


Akui terlalu penat, kecewa

Dia yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tiga anaknya sebanyak RM450 sebulan, selain bantuan tambang daripada Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE), mengakui terlalu penat dan kecewa sepanjang enam tahun berkenaan.

"Bila sampai stesen bas untuk ke Kuala Lumpur, tiket pula habis, terpaksa tunggu berjam-jam. Keadaan seperti itu terlalu memenatkan dan membuat kami kecewa.

"Hanya air mata mampu melepaskan segala perasaan itu. Menambah sebak, anak yang kini berusia 10 tahun juga mengeluh penat, terutama ketika terpaksa tunggu lama bas ekspres.

"Saya kena pujuk dia, adakalanya dia merengek kerana penat dengan kesihatannya tidak begitu baik.

"Saya akui pernah timbul rasa putus asa, namun apabila melihat wajah anak, saya kuatkan semangat untuk terus berulang-alik demi kesihatan dan masa hadapannya," katanya.


Bergolok bergadai tanggung pelbagai kos



Maimunah dan suami bersama anak mereka menghidap kanser. - NSTP/Rohanis Shukri


KUALA LUMPUR: Terpaksa melakukan dua kerja, memajak kenderaan untuk mendapatkan pinjaman, malah ada yang diberhentikan kerja kerana tidak dapat memberi tumpuan kepada tugasan akibat terpaksa menjaga anak di hospital.

Itu antara kisah dilalui ibu bapa yang anak mereka menderita kanser dan terpaksa berulang-alik jauh untuk ke hospital di Lembah Klang, termasuk Maimunah Bujang, 54, dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Maimunah berkata, dia pernah tertidur ketika dalam perjalanan menghantar anak ke hospital, selain terpaksa memajak kereta di bank dan bergolok gadai demi anaknya yang menghidap kanser darah atau leukemia.

"Setiap kali rawatan sejak lima tahun lalu, kami tempuh perjalanan ulang-alik hampir 200 kilometer (km) untuk ke hospital kerana tiada pusat rawatan khusus merawat kanser kanak-kanak di Negeri Sembilan," katanya.

Difahamkan, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban hanya mempunyai pakar onkologi pelawat dari Institut Kanser Negara (IKN) yang memberi khidmat secara berkala.

"Anak disahkan menghidap leukemia pada 2019 ketika berusia 10 tahun selepas mengalami simptom sering penat dan pucat pada bahagian bibir.

"Selepas itu, bermula rutin saya dan suami berulang-alik hantar dia untuk rawatan kemoterapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

"Banyak kos perlu ditanggung, termasuk duit petrol dan makan setiap kali ke Kuala Lumpur.

"Sungguh membebankan sehingga saya terpaksa bekerja sebagai tukang cuci sejak tahun lalu. Sebelum ini saya tidak bekerja, hanya berniaga makan secara kecil-kecilan," katanya.

Maimunah mengakui menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, namun kos rawatan dan perjalanan yang tinggi memaksa mereka berjimat dan mencari sumber pendapatan tambahan.

"Kami pernah pajak kereta untuk pinjam RM4,000, buat dua kerja termasuk berniaga makan setiap hari. Kadangkala saya hanya tidur sejam sehari kerana malamnya, pulang dari hospital perlu masak untuk berniaga, tidur sekejap sebelum ke tempat kerja pula," katanya.

Turut berdepan ujian sama, ibu kepada pesakit kanser berusia 10 tahun dari Alor Gajah, Melaka, yang hanya mahu dikenali sebagai Sin Ping, 44, yang terpaksa berulang-alik ke ibu negara sejak setahun lalu membawa anaknya mendapatkan rawatan.

Suri rumah berkenaan berkata, buat masa ini, suaminya yang hanya mahu dikenali dengan nama Ah Bao, 48, terpaksa berulang-alik seminggu sekali dari Alor Gajah ke Lembah Klang yang memerlukan lebih RM100 bagi kos petrol dan makanan setiap kali urusan.

"Suami bawa e-hailing selepas diminta berhenti oleh majikan kerana tidak dapat memberikan komitmen kepada kerja, banyak masanya perlu diperuntukkan bagi menghantar anak ke hospital.

"Kami ada mendapat bantuan Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE) yang memberikan duit tambang," katanya menambah sepanjang di wad menjaga anak, dia berjumpa ramai ibu bapa dari Melaka yang membawa anak mendapatkan rawatan kanser di hospital berkenaan.


https://www.bharian.com.my/berit ... nat-lama-tunggu-bas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2024 08:11 PM | Show all posts
NASIONAL

Kekurangan pusat rawat kanser tambah penderitaan pesakit

September 2, 2024 @ 9:38am

Oleh Suzalina Halid
[email protected]



Pakar kesihatan menganggarkan 10 peratus pesakit baharu kanser tidak meneruskan rawatan di hospital atas pelbagai faktor. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Kekurangan fasiliti kesihatan khusus bagi merawat kanser dalam kalangan kanak-kanak di negara ini, menyebabkan ada pesakit terpaksa menempuh perjalanan sehingga 300 kilometer (km), selain dibelenggu beban kewangan membiayai kos pengangkutan.

Mendedahkan demikian, Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE) merekodkan ada keluarga pesakit kanser dari negeri yang jauh dari ibu negara terpaksa menyewa kenderaan untuk ke Lembah Klang menghantar anak mereka mendapatkan rawatan.

Lebih tragis, ada keluarga memilih perubatan alternatif seperti rawatan tradisional yang boleh memberi kesan buruk kepada pesakit, manakala peratusan untuk sembuh dikhuatiri menjadi lebih rendah kerana lambat mendapatkan rawatan.

Mac lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan lebih 700 kanak-kanak berusia bawah 15 tahun di negara ini didiagnosis dengan kanser setiap tahun atau secara purata dua kanak-kanak setiap hari.

Untuk khidmat rawatan, Malaysia hanya mempunyai 128 pakar onkologi berdasarkan rekod setakat dua tahun lalu, sebahagian besarnya berkhidmat dengan KKM, selebihnya di hospital universiti.

Onkologi adalah cabang perubatan berkait kajian, rawatan, diagnosis dan pencegahan kanser.

Mengulas kesukaran dihadapi kanak-kanak pesakit kanser, Presiden CAKNE, Mohd Shah Awaluddin, berkata beban ditanggung mereka kerana tiada pusat rawatan kanser untuk kumpulan pesakit berusia 19 tahun dan ke bawah di Melaka, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.

Kemudahan itu, katanya, hanya ada di Lembah Klang; Pulau Pinang; Ipoh, Perak; Johor Bahru, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kuching, Sarawak dan di Likas, Sabah.

"Di Lembah Klang, ada tiga hospital kanser kanak-kanak, namun tiada di beberapa negeri lain seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Jika pesakit di Jerantut contohnya, mereka terpaksa menempuh perjalanan ratusan kilometer untuk ke Kuala Lumpur.

"Berdasarkan kes yang kita bantu sebelum ini, ada pesakit terpaksa sewa kereta kerana tiada kenderaan. Dalam sesetengah kes, disebabkan kekurangan akses rawatan, ada keluarga lambat menghantar anak mereka ke hospital.

"Lebih buruk, ada mendapatkan perubatan alternatif untuk anak mereka seperti rawatan tradisional. Ia memberi kesan buruk kepada pesakit, termasuk peratusan untuk sembuh menjadi lebih rendah kerana lambat mendapatkan rawatan," katanya kepada BH.

Katanya, sekurang-kurangnya 800 keluarga kanak-kanak pesakit kanser kurang berkemampuan sudah dibantu persatuan itu setakat ini dalam bentuk bayaran tambang antara RM300 hingga RM400 setiap kes bagi meringankan beban mereka membawa anak berulang-alik mendapatkan rawatan.




Sumbangan RM350 sebulan

Selain itu, Mohd Shah berkata, CAKNE yang ditubuhkan pada 2008 sebagai kumpulan sokongan kepada ibu bapa mempunyai anak menghidap kanser, turut menyalurkan sumbangan sara hidup RM350 sebulan selama enam bulan untuk kumpulan sasar dalam kalangan B40.

"Ia untuk tampung kos makan minum dan penginapan jika ahli keluarga terpaksa tunggu anak jalani rawatan atau dimasukkan ke wad. Memang ada hospital sediakan asrama, tapi jumlahnya tidak cukup," katanya berharap akses rawatan kanser kepada kanak-kanak dapat diperluaskan.


Tidak teruskan rawatan

Sementara itu, Pakar Perunding Hemotologi dan Onkologi Pediatrik, Hospital Tunku Azizah (HTA), iaitu hospital wanita dan kanak-kanak di sini, Dr Zulaiha Muda, berkata sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keseluruhan kes baharu kanak-kanak menghidap kanser memilih tidak meneruskan rawatan di hospital.

"Ada yang mahu cuba kaedah alternatif terlebih dahulu. Bermaksud masih banyak program kesedaran perlu diusahakan supaya ibu bapa hantar anak ke hospital," katanya.

Beliau percaya banyak lagi kes kanser membabitkan pesakit kanak-kanak tidak dirujuk ke hospital kerana keluarga membawa mereka menjalani rawatan alternatif.

Katanya, selain terpengaruh dengan janji proses rawatan yang mudah dan kesembuhan, alasan lain diberikan mereka yang mencuba kaedah alternatif adalah tidak mahu melalui tempoh rawatan yang panjang dan risiko disebabkan prosedur mencucuk tulang belakang jika ke hospital.

"Ada yang anggap prosedur cucuk tulang belakang akan menyebabkan lumpuh, sedangkan stigma itu tidak betul. Lewat mendapatkan rawatan sebenarnya boleh menyebabkan risiko kanser merebak ke otak dan saraf tunjang, yang sebenarnya menyebabkan lumpuh.

"Selain itu, ada juga memilih kaedah alternatif terlebih dahulu dan apabila kanser sudah teruk, baru dibawa ke hospital. Mereka perlu tahu kanser merebak dengan agresif dan cepat dalam tempoh beberapa hari sahaja, justeru rawatan perlu diberikan segera," katanya.

Dr Zulaiha berkata, di negara ini, kadar kesembuhan kanser membabitkan pesakit kanak-kanak, khususnya leukemia merekodkan jumlah diagnosis tertinggi sebanyak 88.4 peratus, namun jangka hayat mereka selepas pulih lebih lama berbanding pesakit dewasa atau geriatrik.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini dilaporkan mengakui negara berdepan kekurangan akses kepada rawatan kanser untuk rakyat berpendapatan rendah dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Julai lalu, KKM memaklumkan kes kanser yang dikesan pada tahap tiga dan empat meningkat 64.1 peratus antara 2017 hingga 2021 berbanding 63.7 peratus antara 2012 hingga 2016, perkembangan membimbangkan kerana kadar kelangsungan hidup menjadi lebih rendah jika kanser dikesan lewat.

Peningkatan itu secara tidak langsung menyaksikan Malaysia kini berdepan dengan beban kanser yang sangat besar. Ia disifatkan penyakit kronik yang menjadi penyebab ketiga kematian dengan 15,200 kes pada 2022.

Dari 2017 hingga 2021, 10 jenis kanser paling kerap dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia, disenaraikan mengikut keutamaan adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, limfoma, kanser hati, kanser prostat, leukemia, kanser nasopharynx, kanser rahim dan kanser ovari.


https://www.bharian.com.my/berit ... penderitaan-pesakit
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mmg patut kesian. Bkn bro yg sedih anak dia x dpt kek tak dpt hadiah hari jadi tu, siap mohon sape2 boleh sumbangkan kek lagi. Membara pula hati kite.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hmmlantakko at 2-9-2024 11:39 PM

kesiannyaa

gigihnya seorg wanita. bapaknya mana?? lps tabur benih buat dek je.

wartawann punnn. buat news ni tlgler letak no tel ke no acc acik ni. blh le kita sedekah sikit sebyk buat beli tambang bas. hmmmmm

blh rasai keperitan menunggu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde nombor akaun pula .anak sakit kanser mmg luluh hati...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang kesian & simpati
Ntah mana la bapak budak tu, tau sumbang benih aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 2-9-2024 09:22 PM
Ni mmg patut kesian. Bkn bro yg sedih anak dia x dpt kek tak dpt hadiah hari jadi tu, siap mohon sap ...

Ada ke thread dalam forum ni uols?
Skang ramai suka mengemis duit sebab rakyat malaysia mudah kesian...
Tapi kes adik ni mmg layak lah sebab dia sakit...mak pung bukan bekerjaya sedap...
Mmg kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-9-2024 07:04 AM
Ada ke thread dalam forum ni uols?
Skang ramai suka mengemis duit sebab rakyat malaysia mudah kesi ...

Hado la Chuols. I baca kat forom.com ni lah. Gila perangai meminta3 makin menjadi2 skrg.

https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=5371270&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau susah macam ni boleh tak minta dengan pusat zakat membantu? Takkanlah takde peruntukan sikit pun UTK org susah yg sakit mcm ni. Bukan sebulan dua.dah bertahun tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi ada orang yg mengaku dari bsn call nak mintak derma utk pesakit kanser ke sakit buah pinggang. Dia kata utk majlis kanser nasional ke national kidney. Aku rasa krik2. Dia kata nk verify details aku. Satu hari derma rm1 untuk dua minggu autodebit. Last2 aku kata aku boleh buat sendiri online. Tak perlu melalui dia. Pagi tadi nmpk nombor yg sama misscall. Tak dapat call pagi, petang dia call aku.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 3-9-2024 08:30 PM
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:24 PM
Tadi ada orang yg mengaku dari bsn call nak mintak derma utk pesakit kanser ke sakit buah pinggang.  ...


Lain kali kalau ada yg call macam tu, jangan malu jangan segan putuskan talian. Kalau ada kipas meja, halakan telefon ke sana biar dengar bunyi angin.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga urusan akak ini dan anaknya dipermudahkan.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:24 PM
Tadi ada orang yg mengaku dari bsn call nak mintak derma utk pesakit kanser ke sakit buah pinggang.  ...

Ni scammer yg company dr masitah tu ke...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 3-9-2024 08:31 PM
Ni scammer yg company dr masitah tu ke...


Iols rasa pelik sbb sekejap dia kata kanser. Sekejap dia kata buah pinggang.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mcm ni kna tnya hospital yg bahagian welfare tu.
Dorg leh sewa umah area dekat hosp (kediaman hosp punya tp tetap bbyor) sementara nk tggu kimo cycle abes leh duduk situ dulu.
Sgt² jimat instead of ulang alik utk treatment dr tempat bmastautin.
Tp yer lah.
Lain org lain masalah kn.
Hada patient 1wad ngn tok laki aku umoq 15 asal johor mmg hidup kt wad sendri sepanjang treatment.
Dia xpenah blk & parent xpenah mai tgk.
Tp hari² call tnya kabar ank & tanggung kos grab/fp sbb budak tu xlalu nk mkn food hosp.
Pokok pangkal.... Boleh try bincang ngn hosp. Cancer patients ni p mana pn org punya empathy sgt² tggi.
Jgn malu tnya hosp utk suggest solutions.
Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanye eloklah dia usahakan supaya anak dia duduk dulu dekat hospital. Kalau bawak balik pun maknye stress akan affect anak dia jugak...susah pulak nak baik. Tapi mcm serious jugak sakit anak dia since 2018 katanye ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 3-9-2024 07:14 PM
Hado la Chuols. I baca kat forom.com ni lah. Gila perangai meminta3 makin menjadi2 skrg.

https:// ...

Iols dah reply thread sana
Amende lah kan..
Senang2 je minta sponsor...

Iols baru je jumpa orang.gini tadi..
Kerusi roda anak dah buruk..minta sponsor nak yang baru...
Padahal.mak.ayah koje bagus..kereta 2,.dok rumah teres
Elaun jkm.ado...
Nak juge amek.bantuan sekerat tu padahal dah ada kerusi roda...
Pertikai.kenapa.org lain dpt..padahal org lain tu baru cacat..dpt.le.kerusi.roda baru..takkan nak amek anak kau punya kerusi roda
Harey kan..padahal yang dpt ni budak dok kat flat je..mak tak koje...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:11 AM | Show all posts
semoga segala urusan wanita ini dgn anaknya dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 4-9-2024 02:13 AM
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:29 AM
Semoga urusan akak ini dan anaknya dipermudahkan.

Aamiin.

Dulu EL ada buka rumah transit di Titiwangsa,

  

Dia juga pernah tawar penginapan di Hotel Premiera untuk waris pesakit.

  

Tak tau lah bantuan2 ni masih wujud atau tidak sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan Amin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.283614 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list