CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 40637|Reply: 39

‘Saya rasa seperti mati hidup semula’ - Gadis dihempap balak semakin pulih

[Copy link]
Post time 2-9-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode



GUA MUSANG – Seorang gadis yang parah akibat dihempap kayu balak di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di sini pada 9 Julai lalu semakin pulih selepas hampir sebulan bertarung nyawa di hospital.


Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, dibenarkan keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu pada 7 Ogos lalu selepas ditidurkan beberapa kali semasa menjalani rawatan.


Jurujual itu ketika ini sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa meskipun beberapa organ dalaman seperti hati, paru-paru dan buah pinggang hampir rosak termasuk patah pada lima batang tulang rusuk dan belakang.


Siti Norelyana berkata, dia tidak pernah menyangka dapat kembali hidup meskipun sudah berada di ambang maut selepas kejadian tersebut.


“Berkat doa ahli keluarga, tunang dan seluruh rakyat Malaysia, Allah SWT memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas dan menikmati kehidupan.


“Saya rasa seperti mati dan hidup semula. Melihat kepada apa yang berlaku, ramai beranggapan peluang untuk saya hidup agak tipis, namun kuasa Allah SWT menentukan segalanya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Paloh,di sini hari ini.


Siti Norelyana yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik itu turut mengakui masih trauma dengan peristiwa tersebut dan menjadi takut setiap kali melihat lori balak yang berada di tengah jalan.




“Jadi, saya terpaksa tinggal di rumah kakak di (Paloh 3) kerana rumah ibu di Simpang Aring, Ciku 4 terletak di tepi jalan raya. Keadaan trauma itu juga menyebabkan saya menangguhkan perkahwinan dengan tunang Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, yang sepatutnya pada Disember ini ke tahun depan,” ujarnya.


Sementara itu, ibu Siti Norelyana, Miskalsom Domea, 59, berkata, dia sangat bersyukur melihat anaknya semakin pulih.


“Semasa dirawat di HRPZ II, doktor setiap hari kata dia kritikal, tetapi stabil. Sebagai ibu, saya tetap berdoa agar Siti Norelyana selamat ketika ramai yang menyangka dia tidak mampu bertahan. Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun masih trauma,” katanya.


Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang wanita terselamat daripada ajal selepas motosikal yang dia tunggang dihempap muatan kayu balak dari sebuah lori ketika melalui selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 9 Julai lalu.




Dalam kejadian pada pukul 11.23 pagi itu, Siti Norelyana yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sini dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.







Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang di sini.


Siti Norelyana kemudian dipindahkan ke HRPZ II sebelum beberapa kali ditidurkan semasa menjalani rawatan.


Siasatan polis mendapati, penyambung atau cakera putar lori yang patah dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh sebelum menghempap mangsa.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully tuan punya lori balak tu bg pampasan pd adik.ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan kecederaan parah sedemikian rupa..kiranya cepat jugak adik ni recover
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:26 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan .. claim jgn tak claim..

unik nama ibu dia Miskalsom Domea
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurla dik dgn rahmat Allah SWT, adik makin pulih dan sihat...berterima kasih dgn menjd insan yg bersyukur dan baik ye... alhamdulillah...semoga berbahagia selalu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2024 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai bra xsesuai saiz ke? Aduii, ternampak pelik pulak bentuknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ucaplah terima kasih jgk pada doktor, nurse hospital raja perempuan Zainab tu dik yg berhempas pulas rawat awak, setakat doa aja tanpa kepakaran mereka tak guna jgk dik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 3-9-2024 02:39 AM
Pakai bra xsesuai saiz ke? Aduii, ternampak pelik pulak bentuknya

Nak komen yang sama jugak..nampak tajam semacam..

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulang rusuk dia patah mmg takde pakai apa2 ke kat luar? Ke bila patah tu sambung cemana eh selalu dengar org buang tulang rusuk nk kecikkan saiz pinggang.
Btw luaran dia ni nampak mcm takde apa2 mcm tak penah eksiden.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah!
Semoga dipermudah Allah segala urusan adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 3-9-2024 06:47 AM
Tulang rusuk dia patah mmg takde pakai apa2 ke kat luar? Ke bila patah tu sambung cemana eh selalu d ...

Pakcik.iols.oernah.eksiden.patah tulang rusuk
Mmg takde apa pung
Cuma kena rwhat je bagi tulang rusuk tu bersambung balik...huk3
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dh sht. Faktor umur jgk kot bdk ni cpt recover. tp bdan nk pkai lama hrap jgn melasak sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:51 AM | Show all posts
bila belum masanya

gws adekk
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:39 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:40 AM | Show all posts
cantik orgnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun ingat dia xkan bertahan dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dik, semoga terus sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:54 AM | Show all posts
apa tindakan kepada syarikat lori balak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:58 AM | Show all posts
Dgn pelbagai kerosakan organ dalaman pastu dua kali ditidurkan....Kuat giler survival utk hidup dia ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.125981 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list