CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39103|Reply: 19

[Tempatan] Tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu,UIAM ambil tindakan,

[Copy link]
Post time 3-9-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung video tular membabitkan kenyataan mengelirukan daripada seorang pensyarah di media sosial baru-baru ini.



UIAM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga telah memberi peringatan kepada pensyarah tersebut supaya lebih berhati-hati dalam perkongsian beliau kepada masyarakat umum pada masa akan datang.

“UIAM juga secara amnya sentiasa menegaskan bahawa pandangan ahli-ahli akademik dalam universiti ini perlu diselaraskan dengan standard yang telah ditetapkan Jawatankuasa Integriti Akademik universiti ini.

“Namun begitu, universiti tidak pernah menghalang kebebasan akademik dan sentiasa menyokong program-program percambahan ilmu,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Sebelum ini, tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu.

Pada Ahad, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Solehah Yaacob menegaskan beliau tidak pernah menyebut Khadijah berasal dari alam Melayu seperti yang ditularkan.

Beliau berkata, sebaliknya terdapat individu yang memotong sebahagian video ceramahnya sehingga menyebabkan ia disalah erti dan menjadi tular.

Tambah kenyataan itu, pihak universiti sentiasa memperingatkan ahli akademiknya akan tanggungjawab mereka untuk memberikan hujahan yang berasaskan fakta yang jelas.

Menurut kenyataan itu, ia juga perlu disokong oleh kajian dalam jurnal penyelidikan dan diiktiraf mengikut prinsip kesarjanaan dalam bidang masing-masing.

“Ini penting bagi memastikan dunia akademia terus dihormati dan diiktiraf atas ketinggian ilmu dan integriti ahli-ahli akademiknya.

“UIAM komited untuk terus memastikan mutu dan kualiti pendidikan serta kesarjanaan di kalangan ahli akademik terpelihara.

“Kami percaya bahawa tanggungjawab besar ahli akademik adalah untuk mendidik masyarakat dengan ilmu yang autentik dan berfakta,” kata kenyataan itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mana la acik ni dpt idea
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:17 AM | Show all posts
macam Ummu Jah kalau tak dibendung....start lah dia sebut benda pelik2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mvm Konoha pulak semua dh claim
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 07:42 AM | Show all posts
Setazah kentot faraj kata apaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:45 AM | Show all posts
pandai dia spin ayat... akalu ikut video dia kata dia tengok video orang claim Khadijah berasal dari alam melayu... dia cuma kata dia tersentak je... pada aku dia apa yang dia bicarakan ni takde nilai akademin pun sebab takde  citation yang jelas. sekadar hearsay je... macam ko pegi kedai kopi sembang ngan ntah mana2 pakcik claim itu ini je, dengar boleh percaya jangan. Sesuatu dakwaan mesti bersandarkan bukti dan fakta jelas dan sahih. dari semua dakwaan so called prof ni mmg tak disokong fakta dan bukti, siap main sebat je cakap kerajaan turki uthmaniah arah ulama2 beasr bersidang pasca ww2 walhal turkhi uthmaniah dah runtuh sejak mid 1920s.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2024 10:30 AM | Show all posts
Professor syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
UIA itu sendiri teras nya pun banyak hear say. Selayaknya lah kangkung macam ni jadi prof.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 04:14 PM | Show all posts
bangsa tamim bangsa pemuda bendera hitam imam mahadi muncul dari kelantan/sarawak... apa lagi melayu xclaim ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:16 PM | Show all posts
melayu bapa kepada bangsa2 dunia... piramid moloyu di hutan  pohang dijaga jin ifirt
harta ismet ulam raja raja kuno bernilai bertrilliun dollar amerika syarikat
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 10-9-2024 04:16 PM
melayu bapa kepada bangsa2 dunia... piramid moloyu di hutan  pohang dijaga jin ifirt
harta ismet ula ...

Wow,hebatnya!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti org yg kata tu pas balik dr turkiye masuk muzium yg tunjuk barang2 nabi dan sahabat tu.. ada baju saidatina fatimah mcm baju kurung riau je.. i pun konpius..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 10-9-2024 07:42 AM
Setazah kentot faraj kata apaaa

Ni sejarah...ustazah tak reti...so baik ustazah diam je ler
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-9-2024 10:30 AM
Professor syok sendiri

Memek muka tu mmg konpiden gilo makcik ni...mak sape la ni eh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni klau ckp style lbh kurang mcm penceramah  laki2 sorang nih, dia pun byk cerita pasal sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 10-9-2024 09:42 PM
Dia ni klau ckp style lbh kurang mcm penceramah  laki2 sorang nih, dia pun byk cerita pasal sejarah

ustaz Auni ke...Prof Solehah dgn Ustaz Auni memang bersaudara pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Amina wadud yg kontroversi pernah berkhidmat dgn uiam.


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-9-2024 10:30 AM
Professor syok sendiri

Profesor feberet nusibatraya.


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 10-9-2024 04:16 PM
melayu bapa kepada bangsa2 dunia... piramid moloyu di hutan  pohang dijaga jin ifirt
harta ismet ula ...

Piramid sebagai penjana kuasa.


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 10-9-2024 09:52 PM
ustaz Auni ke...Prof Solehah dgn Ustaz Auni memang bersaudara pun

Bukan sis, ada sorang lg, putih2 orangnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.521554 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list