CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 39695|Reply: 22

[Tempatan] SPRM siasat 1BestariNet, geledah pejabat YTL

[Copy link]
Post time 6-9-2024 04:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-9-2024 02:50 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion,” katanya kepada Bernama.

Sumber terbabit memaklumkan fokus siasatan SPRM juga menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Hishamuddin dalam pada itu, memohon semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada SPRM bagi melaksanakan siasatan tanpa sebarang gangguan.

- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 06:51 AM | Show all posts
nk masuk FROG tu la cm siyal, slalu hang
buatkn murid2 cikgu sakit jiwa ..

aku pun sakit jiwa nk troubleshooting benda yg lembab ni.

projek bernilai RM4 billion, tapi mcm projek budak2 practical aku tgk..ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
hahah... political assasination bila kena kt kapla sendiri...

kalo kt org lain, dok meratib zikir kata penyamun perompak... rupa2 nya diri sendiri yg dok wat
..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 09:29 AM | Show all posts
karma is real y'allll.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 09:40 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 6-9-2024 09:41 AM

Maszlee beri reaksi siasatan projek 1BestariNet
www.sinarharian.com.my
Oleh
SITI NOOR FAEZAH MUDA
04 September 2024


Laporan Sinar Harian (kiri), Maszlee

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Rabu memberi reaksi berhubung siasatan yang mula dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek 1BestariNet.

Menerusi aplikasi X miliknya, beliau memuat naik kenyataan ringkas iaitu akhirnya.


Tangkap layar hantaran Maszlee di laman X pada Rabu.


Menerusi media sosial itu juga, Maszlee turut membuat hantaran mengimbau kembali tentang surat pekeliling bertarikh 27 Jun 2019 mengenai perkhidmatan talian internet di sekolah.

Dalam pekeliling tersebut, sejak 2012 1BestariNet telah membantu KPM menyediakan talian internet dan aplikasi persekitaran pembelajaran virtual (VLE) kepada 10,211 sekolah di seluruh negara.

Menurut surat berkenaan, selepas tujuh tahun, kontrak perkhidmatan itu akan tamat pada 30 Jun 2019 dan mulai 1 Julai 2019 perkhidmatan talian internet ke sekolah seluruh negara akan dibekalkan oleh tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd.

Pekeliling itu juga menyatakan tiga syarikat ISP tersebut akan menyediakan perkhidmatan talian internet ke beberapa bahagian KPM dan 366 pusat kegiatan guru (PKG) seluruh negara.

Susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, KPM memutuskan untuk mengguna pakai pelantar pembelajaran Google Classroom (GC) bagi menggantikan Frog VLE.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan (KPM) bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 09:42 AM | Show all posts
xde ke cikgu2 nk spill tea betapa x bergunanya projek ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2024 10:30 AM | Show all posts
syabas SPRM.

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 12:34 PM | Show all posts
betapa activenya aktiviti rasuah di negara ini. Doktor, ahli politik, immigration, staf PBT, banyak kena tangkap. So far yang clean rasanya jabatan bomba tak ada berita macam ini. Syabas Jab. Bomba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 6-9-2024 12:34 PM
betapa activenya aktiviti rasuah di negara ini. Doktor, ahli politik, immigration, staf PBT, banyak  ...

Yg bekerja dilapangan menyelamat in Shaa Allah takde rasuah
Tapi yg terlibat dgn kelulusan CF, yg buat inspection bangunan berkala & yg deal dgn architecture firm & construction companies ada yg terlibat rasuah
A very beautiful friend of mine who is an archi grad cerita, masa dia baru grad dia attached to archi firm & little did she know tht dia diambil bekerja khas utk 'layan' pegawai kanan jabatan tu yg mereka sentiasa berurusan
Dia sempat kerja seminggu je. Lepas tau dia kena 'entertain' pegawai tu terus dia benti kerja
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 05:28 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 6-9-2024 02:55 PM
Yg bekerja dilapangan menyelamat in Shaa Allah takde rasuah
Tapi yg terlibat dgn kelulusan CF, yg  ...

Yesss, itu belum yg prepare and verify report forensic report disbbkan kebakaran, wang besar wang besar sbb report tu yg akan menentukan quantum of claim & berapa tinggi insurance co. akan bayar due to misfortune.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 06:01 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 6-9-2024 02:55 PM
Yg bekerja dilapangan menyelamat in Shaa Allah takde rasuah
Tapi yg terlibat dgn kelulusan CF, yg  ...

Disappointed sungguh kalau diorang pun sama 2 x 5 juga. Semoga mereka akan segera ditangkap.

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wardina dengan ituini dengan perangdina tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi rasanye kalau Tun suruh senyap dia pun akan senyap and still keep his job. Tapi Tun dah fire dia ..terpaksa lah dia undur cara terhormat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Fashion Valet dan Khazanah pulak please geledah pasni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 07:39 AM | Show all posts
paling haram jadah guru2 dibekalkan dgn telefon sangat lembab....nak akses apa2 susah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 6-9-2024 06:51 AM
nk masuk FROG tu la cm siyal, slalu hang
buatkn murid2 cikgu sakit jiwa ..


4 billion? Ape ke vavinya smpai 4B bnda bodoh mcm tu. Tmpt aku buat sistem hospital sendiri jual bwh 5juta pun dh kata mahal sgt. Pd hal yg buat tu mkn gaji gomen je, buat sistem mcm nk mati. Celaka punya abah sembap, mmgg gagal total
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:58 AM | Show all posts

pokemon sungguh!!! haromjordan!  penat2 rakyat marhaen kerja siang malam harung jam bagai, dpt gaji bayar tax, ujung2 puak2 depa ni balun baikkkk punya duit2 tu...anakbini dok ulang alik london paris new york sambil tayang selipar hermes duduk private jet!  semoga seluruh keluarga2 mereka mereput di dunia before they reach the hell of jahanam!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.131476 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list