CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99953|Reply: 1

[Pulau Pinang] Hujan lebat, beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air

[Copy link]
Post time 7-9-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-9-2024 06:19 PM

Hujan lebat, beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

07 September 2024 05:26pm




Hujan lebat yang bermula sekitar jam 2 petang pada Sabtu turut menyebabkan banjir kilat di Farlim.




GEORGE TOWN - Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Pulau Pinang pada petang Sabtu menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan antaranya Bayan Baru, Farlim dan Kepala Batas.

Angin kencang turut menyebabkan beberapa pokok tumbang di Balik Pulau dan Pulau Burung di Seberang Perai Selatan.



Antara kawasan yang terjejas di Bayan Baru termasuk Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir dan kawasan berhampiran sebuah pasar raya.

Ini merupakan kali kedua banjir kilat berlaku di Bayan Baru selepas hujan lebat lebih tiga jam.


Sebelum ini, beberapa jalan di Bayan Baru dilanda banjir selepas hujan lebat pada awal pagi Selasa lalu.

]
Beberapa jalan terpaksa ditutup di Bertam bagi mengelakkan dilalui kenderaan sehingga banjir surut.




Hujan lebat yang bermula sekitar jam 2 petang pada Sabtu turut menyebabkan banjir kilat di Farlim.


Hujan lebat ini juga menyebabkan kesesakan di beberapa kawasan kerana orang ramai keluar menghabiskan waktu hujung minggu mereka.




Sementara itu, di Kepala Batas, beberapa kawasan seperti Bertam, Jalan Paya Keladi dan Kubang Menerong turut ditenggelami air.

Beberapa jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan dilalui kenderaan sehingga banjir surut.

Setakat ini, tiada kediaman dilaporkan dinaiki air dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

https://www.sinarharian.com.my/article/684423/edisi/utara/hujan-lebat-beberapa-kawasan-di-pulau-pinang-dinaiki-air


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2024 06:23 PM | Show all posts

Beberapa laluan sekitar Bayan Baru di sini, sekali lagi dinaiki banjir kilat selepas hujan lebat selama hampir dua jam. - Foto tular
kredit - BH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.120348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list