CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48358|Reply: 13

[Jenayah] Sebulan raih RM24,000, sindiket pengemis OKU warga China tumpas

[Copy link]
Post time 8-9-2024 07:10 PM | Show all posts |Read mode
NEGARA

Sindiket pengemis OKU warga China tumpas

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

8 September 2024, 5:26 pm



JIM Johor berjaya menumpaskan sindiket pengemis OKU warga China menerusi Ops Serkap yang dibuat di sebuah premis kediaman di bandar raya ini, Khamis lalu.


JOHOR BAHRU – Sindiket pengemis jalanan terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) tumpas selepas enam rakyat China ditahan, Khamis lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, kesemua suspek ditahan dalam Ops Serkap yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasanya pada pukul 4.20 petang.

“Sindiket menjadikan sebuah kediaman apartmen di bandar raya ini sebagai tempat pertemuan untuk menyerahkan hasil kutipan mengemis mereka.

“Modus operandi pengemis OKU itu dengan meraih simpati menggunakan kekurangan dan kecacatan fizikal mereka selain berpura-pura sakit bagi mendapatkan sumbangan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, sindiket terbabit didalangi dua wanita warga China yang mengutip hasil mengemis daripada rakan senegara yang kudung sebelah kaki dan sebelah tangan.

“Dua wanita itu menjadi orang atasan kepada semua lelaki OKU berkenaan, mereka juga mengagihkan imbuhan hasil mengenai kepada semua pihak terlibat.

“Siasatan awal mendapati kesemua pengemis itu mampu meraih pendapatan antara RM2,400 hingga RM12,000 seorang setiap bulan. Semua pengemis OKU dipercayai turut menerima imbuhan hingga RM1,200 sebulan,” jelasnya.  – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... warga-china-tumpas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2024 07:11 PM | Show all posts
Sebulan raih RM24,000, sindiket pengemis didalangi warga China tumpas di JB

By Media Telus

| Published: September 8, 2024, 5:03 pm





KUALA LUMPUR 8 Sept - Sindiket pengemis jalanan orang kurang upaya (OKU) didalangi warga China tumpas susulan penahanan enam suspek di sekitar Johor Bahru.

Pengarah Imigresen Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata semua suspek ditahan dalam Ops Serkap oleh Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor pada 4.20 petang Khamis lalu susulan risikan selama dua bulan.

Menurutnya, ia juga hasil maklumat awam dan intipan ke atas kegiatan warga asing menjadikan sebuah pangsapuri di Johor Bahru sebagai tempat pertemuan bagi menyerahkan hasil mengemis.

Beliau berkata, pengemis OKU meraih simpati melalui kekurangan dan kecacatan mereka, selain ada yang berpura-pura sakit untuk mendapatkan hasil sumbangan orang ramai.

“Sindiket itu didalangi dua wanita warga China yang menerima hasil mengemis daripada tiga lelaki rakan senegaranya berstatus OKU, iaitu kudung sebelah kaki dan sebelah tangan,” katanya menurut Harian Metro.

Rusdi berkata, siasatan awal mendapati semua pengemis mampu meraih pendapatan bulanan RM2,400 hingga RM12,000 seorang.

Menurutnya, dua wanita yang dipercayai "up line” kepada semua lelaki OKU itu akan mengagihkan imbuhan hasil mengemis.

“Semua pengemis OKU dipercayai turut menerima imbuhan RM1,000 hingga RM1,200 sebulan,”

katanya sambil menambah semua suspek ditahan berumur 51 hingga 63 tahun dan wang tunai berjumlah RM4,682 serta beberapa mata wang asing turut dirampas.




Katanya, mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit sah berada di Malaysia, Seksyen 55E Akta Imigresen kerana membenarkan imigran haram masuk dan tinggal di premis serta Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen kerana bersubahat.

Rusdi berkata, pihaknya memandang serius isu sindiket warga asing dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sebarang aktiviti warga asing menyalahi undang-undang.


https://www.mediatelus.com//detail/2931
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2024 07:11 PM | Show all posts
  



Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 07:28 PM | Show all posts
"Tambahnya, sindiket terbabit didalangi dua wanita warga China yang mengutip hasil mengemis daripada rakan senegara yang kudung sebelah kaki dan sebelah tangan."

Jijik betul peras OKU kaut untung. Kesian OKU apa pilihan dia ada. Halau balik cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 07:52 PM | Show all posts
99% yg beri org Melayu B40

kata ceramah, yg penting beri, kena tipu ke tak
akan masuk syurga.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah nampak ada runner yg hantar & kutip diorg esp kat pasar malam. Siap naik Honda ketam lg.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la budak2 yang kena culik tu kot.

Dicacatkan, pehtu trafficked sampai ke dewasa dijadikan pengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pelancongan sorang tu suka kaum ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 08:46 AM | Show all posts
tepi2 jln skrg mmg tak bg dah..byk sgt penipuan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kes yg tgh hot skrg tak masuk forum cari?
Mana thread pasal Global ikhwang, ppim semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 11:25 AM | Show all posts
Harap JIM perhambat dorang ni balik china
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 12:50 PM | Show all posts
orang Malaysia selalu kena scam buat lah macam mana pun, sekat laman sesawang palsu, sekat talian panggilan scammer...tetap kena scam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:00 PM | Show all posts
Meols dah tak bagi dah yang minta2 sedekah kat tepi Jalan, kedai makan ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 6 org ...ada lagi sejuta lebih rakyat china yg tak balik negara mereka..yg tu bila imigresen nak pi cari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049140 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list