CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15441|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu treler ditahan susulan kemalangan menyebabkan dua kakitangan KKM parah

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan dua kenderaan dalam nahas jalan raya di Kilometer 46 Sri Aman/Sarikei, Jalan Memaloi, Sri Aman awal pagi tadi. - Gambar polis

KUCHING: Seorang pemandu treler ditahan susulan berlaku kemalangan sehingga menyebabkan dua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera parah di Kilometer 46 Sri Aman/Sarikei, Jalan Memaloi, Sri Aman awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu membabitkan treler yang dipandu lelaki tempatan dan sebuah van ambulans KKM.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mathew, pihaknya menerima laporan kemalangan itu kira-kira jam 6 pagi.


MATHEW

"Maklumat awal kemalangan itu melibatkan sebuah treler yang rosak dan diparkir di bahu jalan serta telah diletakkan tanda segi tiga dengan jarak kurang 50 meter dari belakang lori dan lampu hazard turut dinyalakan.

"Bahagian kanan di belakang kenderaan berat itu tiba-tiba dilanggar oleh sebuah sebuah van ambulans Hospital Betong yang dalam perjalanan balik setelah menghantar pesakit ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching," tambahnya.

Mengulas lanjut, akibat kemalangan terbabit, dua mangsa yang berada dalam van ambulans berkenaan mengalami kecederaan parah.

"Pemandu ambulans berusia 45 tahun mengalami kecederaan dalaman manakala seorang jururawat berusia 42 tahun retak pada bahagian muka, patah tangan kiri dan kaki kiri," jelasnya sambil menambah, pemandu treler berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bergegas ke lokasi setelah menerima laporan berkenaan.

"Kedua-dua mangsa berjaya keluarkan dari kenderaan itu sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

"Mangsa iaitu jururawat telah dibawa ke Hospital Betong manakala pemandu van ambulans telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut," tambahnya.

Ujarnya, anggota bomba turut melakukan pembersihan di kawasan kemalangan bagi memastikan keadaan jalan selamat untuk pengguna.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.285199 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list