View: 27139|Reply: 6
|
Penganggur dipenjara, denda RM4000 hina Sultan Kedah
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI: Seorang penganggur hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku membuat hantaran menghasut yang menyentuh Sultan Kedah menerusi aplikasi TikTok, Julai lalu.
Majistret M Kalaiarasi turut memerintahkan Nor Ismail Amran Ghazilah, 42, dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di aplikasi TikTok di Sungai Petani pada kira-kira 10 malam 6 Julai lepas mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan membabitkan institusi diraja selain bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar lebih berhati-hati menggunakan media sosial.
Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farahdina Che Bakar memohon hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertama tertuduh yang telah menyesal dan sudah lapan bulan tidak bekerja.
Sumber - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
nasib ku...aku.....penganggur..tingat lagu ni...pulok. |
|
|
|
|
|
|
|
Lah sultan kedah yg low profile pun org hina. Keji tol dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana mulut, badan binasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|