View: 57904|Reply: 45
|
[Tempatan]
13 kanak-kanak disyaki mangsa liwat, 4 lelaki disiasat - IGP
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 13-9-2024 12:01 PM
Bukit Aman nafi lewat bertindak, sahkan 13 budak GISB pernah diliwat
Oleh Muhammad Yusri Muzamir - September 13, 2024 @ 10:26am
[email protected]
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bercakap pada sidang media mengenai Op Global yang dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan pada 11 September lalu. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 13 kanak-kanak yang menginap di rumah amal dikaitkan 'Global Ikhwan Service and Business Holding' (GISBH) disahkan memiliki rekod pernah diliwat.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata seramai sembilan orang dikenal pasti diliwat selepas pihak polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala bakinya pada fasa sebelumnya.
Dalam pada itu, Razarudin menafikan dakwaan pihak polis lewat mengambil tindakan ke atas sebarang laporan berkaitan GISBH.
Katanya, siasatan sudah dilakukan sejak 2011, namun tangkapan hanya dibuat selepas terdapat petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan itu dibuat.
Pada sidang media Rabu lalu di Kuantan, Razarudin berkata, siasatan mendapati modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan GISBH adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Razarudin berkata berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
13 kanak-kanak disyaki mangsa liwat, 4 lelaki disiasat - IGP
Diterbitkan: Sep 13, 2024 11:03 AM
Dikemaskini: 11:42 AM
Seramai 13 penghuni rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dipercayai menjadi mangsa liwat selepas 172 daripada 392 mangsa eksploitasi berkenaan melalui saringan kesihatan, maklum Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Ini katanya berdasarkan laporan polis dan soal siasat yang dijalankan pihaknya menerusi Op Global, bermula 2 September lalu.
"Pada awalnya, laporan polis diterima di Negeri Sembilan dan Selangor, terdapat empat mangsa mendakwa diliwat.
"Dalam fasa kedua siasatan, kita menemu bual mangsa dan mendapati sembilan lagi dipercayai menjadi mangsa liwat," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.
Razarudin berkata polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg indenial atau sceptical psl bdk2 ni kena liwat terima jela kenyataan.takkan bodoh sgt polis nak keluar statement mcm ni.mestilah bdk2 tu dah melalui physical examination.ko ingat ini kes sepol tak berak 2-3 hari ke? bodo mcm lembu!! |
|
|
|
|
|
|
|
Geram nye... Moga peliwat ni di potong anu dan disumbat pisau kat bontot derang hari2 sampai mampus |
|
|
|
|
|
|
|
yep klu polis dah bagi statement mcm ni.. maknanya itulah hasil siasatan polis.
Wow mengejutkan sampai bergetar bubis..
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 13-9-2024 10:57 AM
Yg indenial atau sceptical psl bdk2 ni kena liwat terima jela kenyataan.takkan bodoh sgt polis nak ...
Kawan iols cakap nak jatuhkan ekonomi melayu
Pantang melayu naik
Weols hanya rolling eyes jah..kena kat dia..baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 urang2 Arkam tu sendiri tak tau anak2 jadik pemuas nafsu rakan2/anak2 kawan di rumah anak yatim (la sangat) tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak jatuhkan apa?diorg neh arqam bersalin kulit je...arqam mmg dah diharamkan pun.puak2 lobai senyap membisu ye.kalo palestine deyols la mendabik dada terpaling demo.ini anak bangsa sendiri kena tutoh ni kenapa nak salahkan org lain lak.takkan ini salah cina dap gak!!aje gila
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma polis guna perkataan 'disyaki' tu sbb bukti belum dibawa,dibicarakann dan dicabar di mahkamah
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 13-9-2024 01:25 PM
nak jatuhkan apa?diorg neh arqam bersalin kulit je...arqam mmg dah diharamkan pun.puak2 lobai sen ...
Itu lah
Ipls cakap takkan polis saja saja je.kan
Benda ni open secret..
Entah le uols
Susah org gini...semua salahkan cina selet katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 13-9-2024 04:19 PM
segala ustad PU,daiei2 taknak komen ke..kalo bab retis selak kain laju je korang mencapub kann |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 skolah tahfiz/maahad dh la comel2..tk terbayang yg liwat tu..jenis warden2 gundu gemuk tua..babi punye perangaii... kalau persis randy pangalila tkpe la jugak |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 13-9-2024 10:57 AM
Yg indenial atau sceptical psl bdk2 ni kena liwat terima jela kenyataan.takkan bodoh sgt polis nak ...
Mmg ada weh
Dia kata budak2 ni takut masa kena soal jawab jd mengaku jela bila kena gertak
Apa dia ingat budak ni pesalah ke? Kena saiko kena soal teruk2.
Weh budak tu tah2 nampak penyelamat dorang nangis2 mengadu mcm2
Aku baca komen yg budak pompuan takleh nk duduk sbb kena liwat tu je dh buat aku rasa nk ngamuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
adik2 tahu kenapa di alam malaya ini saja ada pepatah "kera di hutan disusukan, anak sundri mati tak makan"?
palasteen sendiri pun tiada pepatah ini dalam pepatah pepatahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-9-2024 12:14 PM
Ntah2 urang2 Arkam tu sendiri tak tau anak2 jadik pemuas nafsu rakan2/anak2 kawan di rumah anak yati ...
Mmg la taktau polis ckp td mak pak budak ni duk kat oversea
Aku penah baca komen2 org biasa kena hantar ke oversea tu pun sbb kena keja kat kedai2 dorang tu laa
Anak2 duk kat sini, polis pun ckp tu kes pengabaian la apa jadah ank ko dibiarkan kat umah amal tu.
Kalau korang hidup mcm org normal lain tah2 takyah susah2 keje laa
Boleh duk umah jadi surirumah besarkan anak2 kat umah.
Tp sbb sanggup jd kuli batak tak bergaji, takde rumah sendiri. Merata dihantar keje kat branch sana sini maka gitula hidupnya pun
Anak2 dibesarkan mcm anak yatim walau masih ada mak pak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semua angkaran cina dap
- kata2 enabler sod0my |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-9-2024 04:11 PM
segala ustad PU,daiei2 taknak komen ke..kalo bab retis selak kain laju je korang mencapub kann
Tanak komen sbb dr maza jd whistleblower
Tak sealiran ngn dorang
Dorang semua tau je tp ntah bila nak bertindak
Bila netizen duk ucap tq kat maza dan page2 lain terlibat tu dan tanya2 kenapa yg lain diam je dorang pun sentap tak tentu hala
Pi la baca kat fb tu, duk gelabah tetek belaka.
Jakim dan pendakwah lain mcm ust HAZA semua tu duk tengah bengkek sbb kena kritik ngn netizen
Aku tak peduli korang asam jawa ke wasabi ke takleh ke utk kes gisbh ni bersatu hati menentang dorang.Genjatan senjata kejap takleh ke?
Bila diam mmg la netizen akan tuduh sealiran ngn kumpulan sesat tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Japjapjap
Ini kes usop rawther tu ke atau yang lain
Banyak sangat kes liwat sampai bangkem keliru |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|