CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55681|Reply: 18

[Tempatan] Tular Gambar Restoran Darsa Fried Chicken Sudah Tutup, Ini Respons Wakilnya

[Copy link]
Post time 13-9-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, restoran ayam goreng muslim iaitu Darsa Fried Chicken menjadi perbualan hangat di media sosial apabila tular gambar restorannya telah tutup.



Gambar yang tular itu memperlihatkan keadaan restoran Darsa Fried Chicken yang berdiri dengan megah itu dalam keadaan kosong malah telah diletakkan beberapa kertas notis yang tidak diketahui kandungannya.

Jadi, ramai beranggapan restoran DFC telah tutup sepenuhnya selepas baru beroperasi pada bulan Mei lalu dan mendakwa penutupan ini sudah dijangka akan berlaku kerana perniagaan  berteraskan sentiman perkauman dan agama tidak akan kekal lama.

Memandangkan hebahan tersebut telah mulai menimbulkan kesangsian ramai, pihak Darsa Fried Chicken langsung memberi respons dalam menjawab status semasa operasi restoran utamanya itu.

Wakilnya memaklumkan bahawa mereka  masih beroperasi seperti biasa dan buka pada pukul 10 pagi. Perihal kertas notis yang dilekatkan pula berkenaan yang perniagaan mereka telah didaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan perlu dipaparkan sebagai rujukan pelanggan yang datang berkunjung.

“Pada bulan lepas, pihak kami telah mengeluarkan memo rasmi bahawa Darsa Fried Chicken kini telah didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Notis pendaftaran ini juga telah dipamerkan di pintu masuk restoran sebagai rujukan pelanggan yang berkunjung,” tegasnya.

Tambahnya, gambar tular tersebut telah diambil pada awal pagi sekaligus tampak kosong dan tidak beroperasi pada luaran. Realitinya, mereka sedang menyiapkan bahan-bahan mentah untuk dimasak di dapur sebelum membuka restoran pada waktu yang ditetapkan.

Dalam masa sama, pihak DFC mengalu-alukan kedatangan para pelanggan untuk merasai kelazatan ayam goreng istimewa yang dijualnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lawan ayamgor Kentucky sangat.

ujung?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ayam digoreng dgn minyak janggut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:22 PM | Show all posts
aku rasa ini salah 1 cara naikkan nama kedai supaya semua orang tau
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-9-2024 04:16 PM
Selayaknyalah

Chuols tak baca sampai habis kah ????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 04:29 PM | Show all posts
orang datang nak mencekik bukan nak baca notis
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah notis bertanya pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dah bercukai
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukai pulak yang dipentingkan. Sijil halal belakang kira
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai uncle roger bukak tak sampai seminggu pon ramai dah gelupur tanya sijil halal..yang konon muslim own, support bmf apa bala ni dah berbulan batang sijil halal pon tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai makan melayu ni barang basah pun ambil dekat kedai borong cina. Ayam, daging, ikan frozen, fish cakes, tauhu, sayur semua tu semua beli bulk untuk murah. Kalau kedai tu dekat dengan jeti, ye la kot ikan segar. Aku pergi wet market takde pun jumpa tokei kedai makan beli ayam dan daging segar banyak2. Kalau macam pasaraya econsave, tf, etc tu peniaga kedai makan beli barang basah. Kedai2 tu juga yang orang persoalkan dah sembelih belom.
Darsa ni bila nak mohon sijil halal? Bila non muslim mohon, diperlekehkan pulak. Siap ada yang tak percaya sijil halal jakim tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-9-2024 04:20 PM
ayam digoreng dgn minyak janggut tak?

Ngah makan kepuk.keping ni terbayang plak minyak janggut
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-9-2024 06:21 PM
Ngah makan kepuk.keping ni terbayang plak minyak janggut

Terbayang tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai je darsa ni.. penuhh. ayam dia pun besar
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam dia besar pun belum tentu ada sijil halal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
darsa ni tak pernah try lg
tp yg chill fried chicken kat peramu tu besor jugak ayam dia cuma rasa bg iols biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-9-2024 04:16 PM
Selayaknyalah

makcik kaki tak try ke ayam darsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 13-9-2024 10:18 PM
makcik kaki tak try ke ayam darsa

Akak memang takkan jejak restoran yang tak ada sijil halal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056207 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list