CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88750|Reply: 13

Berita Rujuk Semula Di Musim Ramai Bercerai - Dato' Nora rujuk semula dengan Dr Rushdi

[Copy link]
Post time 14-9-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nora rujuk semula dengan Dr Rushdi
Oleh Farihad Shalla Mahnud - September 14, 2024 @ 5:59pm
[email protected]


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).

Nora berkongsi berita gembira itu kepada BH Online, sebentar tadi.

Menerusi mesej itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.

Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.

"Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.

"Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah," katanya yang kini berada di Kemboja.

Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.

"Semoga perkara yang sama tidak berulang," ungkap penyanyi Renungan Terakhir ini.

Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.

Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.

Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek ni dah kenapa ek?? Kerang tu merenyam sangat ke? Bawak2 join acik2 pencen ke masjid.. bawak anak yang bercium tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan apa mcm tu...main2 cerai mudah je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kan dia ni kenapa ek. yishhh. dalam dia meroyan cakap kat media 1-2 minggu ni rupanya dah rujuk?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 tiri sila jalankan tugas anda. Mummy rilek2 je tersenyum sinis.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cowi bini dr
cete u xhot
salah timeline
semua tgh sibuk kes ff ni
hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
entahlah nek
jgn pas ni meroyan bagai nak rak
buang je la hp kau tu nek
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg tak kena pompuan ni...bingai jugak dr rushdi ni nak pulak rujuk balik..
kesian ustzh Rose ada jgk yg mencerca cerai sbb Ustzh Rose yg suruh..
dr Rushdi ko tanggung lah dosa bini sengal ko ni melalak dlm konsert bln Dis ni.
tak paham aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai nenek ni suka nk interprem time2 gini
Zaman nenek udah lama berlalu lahhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya lepas ni takde dah adegan kau dipaksa ku terpaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek Nora ni.prasan hot ke eh... berita nikah cerai u takde org minat nak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:37 AM | Show all posts
rujuk terus honeymoon dekat kemboja ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rujuk..tp bila nak buat konsert ckp rindu johan. Laki x kecik ati ke nek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
i rasa arwah johan je yg blh handle she ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.198610 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list