CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36732|Reply: 24

[Tempatan] ‘Hutan Mini’ Berdekatan KLCC Dijual Pada Harga RM69 Juta Jadi Perhatian

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode
‘Hutan Mini’ Berdekatan KLCC Ini Dijual Pada Harga RM69 Juta Jadi PerhatianSeptember 17, 2024 - 9:11 AM



Bila sebut berkaitan hartanah, lokasi strategik memainkan peranan penting kerana nilainya lebih tinggi walaupun saiz yang kecil.

Perkara ini terbukti selepas satu hantaran agen hartanah yang mengiklankan satu hartanah yang cukup strategik kerana lokasinya terletak betul di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, lokasi hartanah ini berada di belakang Kuala Lumpur City Centre sekaligus menjadikan ia sebagai tanah lumayan.


Tarikan lain yang terdapat di sekitarnya termasuklah berdekatan tempat berprestij seperti Pavillion KL, Starhill, The Intermark, Mandarin Oriental Hotel dan banyak lagi.


Sumber Gambar: FB

Menerusi gambar pula, terdapat kewujudan rumah agam yang dipenuhi pokok yang menghijau di sekelilingnya. Lokasi hartanah itu juga kelihatan agak terpencil namun disebabkan berada di kawasan panas membuatkan harganya melonjak naik.


Harga jualan pula RM4,500 sekaki persegi dan keseluruhan saiz hartanah hanya sekitar 0.356 ekar atau 15,057 kaki persegi namun penyenaraian harga jualan pula mencecah RM69,783,120.


Sumber Gambar: FB


Hantaran wanita menerusi Mont Kiara community itu ternyata menjadi bualan hangat di media sosial yang mana rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga hartanah tersebut walaupun saiznya tidak mencecah satu ekar.


Sumber Gambar: FB


Ada yang menggelarkan ia sebagai hutan mini kerana kawasan telah dipenuhi pokok liar mungkin disebabkan sudah terbiar lama.

Walaupun tidak seluas mana, ramai mendakwa harga hartanah dijual tidak masuk akal kerana banyak aspek yang perlu diambil kira termasuklah membersihkan kawasan semak samun dan membaik pulih fasiliti di situ.- thevocket.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni belakang bangunan getah rasanya. Owner tanah tu sementara x terjual tanah, boleh je sewa rumah tu buat cafe atau port makan2. Location & view cantik dah. Sewa rm10k agak nya ada kot org nak
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bnagunna LGM ni ada satu chinese Muslim restaurant.  Sedap juga tapi parking kat LGM macam haram.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 07:59 PM | Show all posts
Untung tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan keseluruhan hutan semak tu, rupanya yg warna merah secoet tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
secoet tu je harga gitu.
iols kalau dpt byk tu penuhkan asb1&2 anak2, beli emas berkoyan then blk kg buat rumah dok santai2 bela ayam itik tanam sayur utk mkn je la sampai ajal menjemput
untung tuan tanah ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum terjual lagi. Dia baru up iklan rofl
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap lokasi ni akan jadi Muse  kepada sesorang anak seni.

Meols pernah jumpa Muse meols iaitu Pasar Karat Ipoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 08:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:14 AM | Show all posts
syamzana replied at 17-9-2024 10:12 PM
secoet tu je harga gitu.
iols kalau dpt byk tu penuhkan asb1&2 anak2, beli emas berkoyan then blk kg ...


69 jute tu kalo dpt kena cukai,zakat,bagi sedara mara,pastu kena tanggung kerja YB,kalau kurang bijak terbagi scammer,belen tu baru penuh kan asb keluarga itu pun byk lg belen,beli aset dan hartanah,ada lagi belen boleh sedekah sikit pun ada lg belen kasi lebih skit kat scammer dah tinggal sejuta,baru la joli sakan,pastu kena scam lg hahahaha,
mana dptnye 69 jute mkn sorg,mesti ramai pewarisnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:16 AM | Show all posts
cahaya matahari masuk tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:31 AM | Show all posts
Billionaire pon takmo aih beli lot tanah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:02 PM | Show all posts
sapa ada no fon oner.  berrrrrminat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknyee green lungs tgh2 kl...mohon dbkl beli pastu buat mini park .ada gak pekdah drpd dok bina kondo mahal2 yg xde sape nak duduk
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:54 PM | Show all posts
Suruh kerajaan beli dan bina perumahan PPR...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan tanah bayar cukai x? Kot terlupa jd tanah gomen nti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 17-9-2024 10:12 PM
secoet tu je harga gitu.
iols kalau dpt byk tu penuhkan asb1&2 anak2, beli emas berkoyan then blk kg ...

Dpt manyak tu nk lari dok finland/denmark
Xmo dok mesia dh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-9-2024 05:54 PM
Suruh kerajaan beli dan bina perumahan PPR...

Downgrade betul kwsn tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-9-2024 05:54 PM
Suruh kerajaan beli dan bina perumahan PPR...

Akak terbayangkan masalah b40 akan terjadi kat situ aka tanda parking dengan pasu bunga kohkohkohkoh sissyyyyy…..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape la bongok nk beli. Rege melampau2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.591055 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list