CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34952|Reply: 0

[Sarawak] Lundu-Sematan tapak pelancaran satelit

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode
  • Kawasan itu dipilih ekoran kedudukannya yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa



Abang Johari ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kembara KASIH KPWKM 2024 dan PSSS Bergerak di Tebingan Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor

Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kawasan Lundu-Sematan dikenal pasti sebagai tapak untuk pelancaran satelit di negara ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Belia berkata, kawasan itu dipilih menjadi tapak pelancaran satelit ekoran kedudukannya yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.

Menurutnya, keputusan itu telah dipersetujui semasa mesyuarat pembangunan fizikal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Ogos lalu.

“Dalam mesyuarat tersebut, Sarawak telah dikenal pasti sebagai tempat melancarkan satelit.

"Jadi kita kenal pasti kawasannya mungkin (kawasan) di Lundu-Sematan kerana lebih dekat dengan garisan Khatulistiwa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kembara KASIH Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 dan Perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak di Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia untuk tujuan tersebut.

“Kita perlu bersedia dari sudut tenaga kerja kerana industri aeroangkasa ini menyeluruh dan satu daripadanya adalah satelit.

“Keduanya, semikonduktor kerana di dalamnya ada cip termasuk avionic dan ketiga adalah komponen satelit.

“Justeru, kita telah melantik Universiti I-Cats dan Swinburne University Sarawak untuk bekerjasama dalam jurusan baharu iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa,” jelasnya.

Tambah beliau, inilah antara persediaan awal Sarawak untuk melatih anak-anak muda dalam industri baharu berkenaan.

Selain itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak juga sedang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Johor untuk tujuan pengumpulan data.

"Seperti kita tahu, satelit juga bertujuan mengumpul data. Oleh itu, ketika ini kita bekerjasama dengan Universiti Teknologi Johor, yang mana kita dapatkan data geologi kita menerusi Jabatan Tanah dan Survei," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053278 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list