CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 41475|Reply: 79

[Tempatan] 'Kira duit siap-siap, keluarga 'Abang Bas' mahu ambil tindakan' - Peguam

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode
'Kira duit siap-siap, keluarga 'Abang Bas' mahu ambil tindakan' - Peguam
Oleh Alias Abd Rani - September 17, 2024
[email protected]


'Abang Bas' bersama Ahmad Zaharil ketika menunggu untuk proses ikat jamin di Kompleks Mahkamah Muar hari ini. - NSTP/Alias Abd Rani


MUAR: Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.

Peguam secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, berkata tindakan itu diambil selepas ahli keluarganya menerima kecaman daripada warganet susulan kes dihadapi 'Abang Bas'.


Namun begitu, beliau berkata, individu terbabit masih berkesempatan untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga 'Abang Bas' sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

"Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya, sebab selama ini pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap 'Abang Bas'.


"Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka...ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman.

"Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan," katanya ketika ditemui selepas menjelaskan ikat jamin 'Abang Bas' di Kompleks Mahkamah Muar hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zaharil berkata, pihaknya berusaha untuk mendapatkan kembali bas yang dipandunya yang kini disita polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, pada masa sama, mereka juga akan berusaha mengemukakan rayuan bagi mengurangkan ikat jamin yang dikenakan.

"Saya simpati dengan apa yang dilalui 'Abang Bas' dan selepas berjumpa dengannya saya minta dia bersabar kerana saya akan bantunya.

"Untuk mensabitkannya, kita jangan melihat daripada satu perspektif sebaliknya keseluruhan. Adalah tidak adil bila anda tidak mengenalinya (Abang Bas), tetapi membuat pelbagai andaian di media sosial," katanya.

Sebelum ini, tular di TikTok seorang lelaki menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan'.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm... Gasak la korang.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 04:42 PM | Show all posts
lain macam pegang tangan...ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer ni yg ambik kes auntie india yg curi pencil box tu kan.yg itu org dah respect..Bab ni sorry lahh mmg mengundang cercaan.dah la buat  probono ..gampang aja nak menyaman org.xde pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Case pun probono, tu family suruh ramai warganet disaman. Cer kalau pakai duit sendiri, takde ckp sedap mulut. Buktikan dulu la dreba bas ni tak bersalah, baru Cite pasal nk saman org.

Brader yg kena maki sebab budak mati mkn keropok beracun tu I mmg kesian sgt, dia bagi explaination pun straight je, mmg nampak la bkn gila glamour, sedih pedih bagai. Yg family brader ni, Yih sgt nampak sgt la nk tunjuk family terpaling rapat terpaling sedih pilu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 17-9-2024 04:42 PM
lain macam pegang tangan...ermmm

Iols scroll atas tengok balik ermm, perlu ke seorang peguam pegang tangan anak guamnya cenggitu. Tak pegang tak buleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
retis mana yg bakalan kena saman
DD kah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 05:00 PM | Show all posts
saman tu boleh je, cuma boleh menang ke tak. tu jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
peguam ni yg suka tlg org tu kan..
tp kan ingt masa kes b1 b2..kan es ada keluarkn report pengakuan b2..
pakcik ni la ckp report tu tipu..zaman skrg mana ada taip gitu..
pastunada org komen hentam pakcik ni..kesudahannya xtau la..
nape dia tlg abg bas pulak ek.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 05:31 PM | Show all posts
boleh siapa2 terangkan, dia ni diikat jamin bermakna dah dibebaskan terus ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
free Marketing?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tau ko malu, siap berpegangan tangan lagi ngan lawyer. hari tu kan kemain berlagak masih boleh senyum ler, happy ler.


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape muka abg bas di blurkan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 17-9-2024 06:25 PM
shamsadis replied at 17-9-2024 04:42 PM
lain macam pegang tangan...ermmm


ayuh ku pimpinkan tanganmu
menuju mahligai bahagia
kitakan bersama mengecap nikmat cinta
hidup bagai di syurga
              
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegang tangan erat-erat tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer ni aritu selambe dlm live die reject member die minta tlg legal isue.. Member die call...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Bergosip at 17-9-2024 06:12 PM
mrsamz replied at 17-9-2024 05:31 PM
boleh siapa2 terangkan, dia ni diikat jamin bermakna dah dibebaskan terus ke?


tak. kes masih dibacarakan

diikat jamin maksudnya dia boleh keluar dari penjara dan jalani hidup macam biasa. bila kes naik untuk prosiding/dibicara, dia kena hadir ke mahkamah. kalau tak diikat jamin, dia kena stay dalam penjara sampai kes naik untuk dibicarakan


setiap kes ambik masa yang lama untuk dibicarakan/prosiding. proses mahkamah ambik masa berbulan2 hinggalah bertahun2 (lagi2 bila peguam bela aktif berikan hujah/keluarkan new fact, saksi, bukti, ammend dengan akta yang lain dan lain2)


selalunya peguam akan buat rayuan kepada judge supaya benarkan anak guam diikat jamin atas alasan "tidak akan melarikan diri ke luar negara dan akan hadir ke mahkamah, tiada rekod jenayah, no threat to community"
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:19 PM | Show all posts
allshares replied at 17-9-2024 04:50 PM
Case pun probono, tu family suruh ramai warganet disaman. Cer kalau pakai duit sendiri, takde ckp se ...

ha yang tu kesian kan? dia siap tunjuk tempat kejadian semua, nak jelaskan dia tak bersalah dan kena tuduh buta2 je.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia yg buat t**k...lontar kat org...buruklah ko pakcik, sama dgn loyer tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:35 PM | Show all posts
Selekehnya loyer tu. Bukan dia cam femes jugak ke, awat la tak jaga imej.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.622061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list