CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14838|Reply: 5

[Tempatan] Panjat gunung pun trafik tak lancar

[Copy link]
Post time 18-9-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Panjat gunung pun trafik tak lancar
Oleh KOSMO!
18 September 2024, 9:38 am

Tangkap layar video yang memaparkan keadaan sesak ketika mendaki Gunung Baling, Kedah.

PETALING JAYA – Bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti hujung minggu lalu, ramai yang mengambil peluang melakukan aktiviti pendakian bersama keluarga dan rakan-rakan sehingga kebanyakan kawasan bukit serta gunung dibanjiri golongan pendaki.

Situasi sama turut berlaku di Gunung Baling, Kedah baru-baru ini apabila keadaan di sana sesak dengan ratusan pendaki yang mahu memanfaatkan cuti mereka melihat keindahan alam hijau.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @daushalim_, memaparkan puluhan pendaki menunggu giliran untuk memanjat laluan berbatu menuju ke puncak Gunung Baling.

“Gunung Baling tak ‘relax’, bukan jalan sahaja sesak, naik trek pun sesak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, 360 pengguna meninggalkan reaksi berbeza sehingga video perkongsian itu meraih lebih 337,000 tontonan dalam tempoh 24 jam.

“Kenapa ramai semacam ada kenduri mungkin atas itu,” seloroh Meklinn.

“Panjat gunung pun trafik tak lancar, semangat orang kita, bersesak-sesak dahulu, bersenang-senang kemudian,” kata Jenny.

“Ingat dekat lebuh raya sahaja sesak, dekat gunung pun sama,” kata @tok0125.

“Dah kenapa ramai sangat ini. Ada buat temujanji ke?,” komen Sweety. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 10:44 AM | Show all posts
dulu meols hiking bukit pelindung kuantan tak ramai org. sekarang ni parking jenuh nak cari... so kalau ada kawan naik ikut teluk chempedak je masuk ikut laluan hutan. so hiking gunung baling ni kena ada permit jabatan hutan tak...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurla iols bila jabatan hutan selangor buat had maksimum pelawat sehari naik bukit @ gunung. Masuk hutan dah macam masuk pasar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:44 PM | Show all posts
Musim cuti ni semua orang akan pergi ke mana-mana sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:58 PM | Show all posts
Aiyoh rimas nye dgn kepam2 ni semua.... dah x cukup tanah ke kt msia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:48 PM | Show all posts
i pergi bukit cherakah je cukup, tak ramai org mendaki.. dorang sibuk main benda lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.042596 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list