View: 44107|Reply: 0
|
[Tempatan]
Menteri arah universiti terima pelajar miskin, tangguh yuran
[Copy link]
|
|
Menteri arah universiti terima pelajar miskin, tangguh yuran
Oleh Azhar Shahrulnizam - September 19, 2024 @ 10:39am
[email protected]
Zambry (kiri) dalam satu video bersama Asyraf Wajdi yang dimuat naik di Facebook, hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengarahkan semua pentadbir universiti menerima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.
Pada masa sama, beliau turut mengarahkan universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan mahasiswa yang tidak berkemampuan berkenaan.
Katanya beliau tidak mahu mendengar kisah mahasiswa yang berpotensi untuk berjaya tidak dapat untuk meneruskan pengajian di universiti.
"Saya daripada latar belakang itu,saya tahu tentang kesusahan itu. Saya tidak mahu ia dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak mahu masuk ke universiti.
"Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan selepas itu kita akan susun dan melakukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.
"Salah satu pendekatan yang dibuat oleh PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan pelajar mendaftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti yang berkenaan," katanya dalam satu video bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dimuat naik di Facebook Dr Asyraf Wajdi, hari ini.
Sementara itu, Asyraf berkata, ilmu sahaja yang boleh mengubah kehidupan seseorang.
"Contoh yang paling jelas di depan mata, anak seorang nelayan di Pulau Pangkor hari ini berjaya dengan cemerlang, belajar di universiti di Amerika Syarikat (AS), kumpula pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), akhirnya menjadi menteri (Zambry). Jadi yang paling penting, teruskan perjuangan untuk menimba ilmu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|