CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29802|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan diminta pertimbangkan penyelarasan elaun KMKK selaras gaji penjawat awam

[Copy link]
Post time 19-9-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan penyelarasan elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) selaras dengan gaji penjawat awam sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu.
   
Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Wanita Keadilan Sarawak, Zulhaidah Suboh (gambar), memandangkan tanggungjawab yang mereka pikul sebagai pemudah cara antara masyarakat dan kerajaan amat besar.
   
Katanya, peranan yang dimainkan oleh KMKK amat penting kerana ia bukan hanya terhad kepada menjaga kebajikan, kesejahteraan, perpaduan dan sosial masyarakat malah turut melibatkan banyak perkara termasuk menjaga adat-istiadat serta undang-undang di peringkat akar umbi.
   
Justeru tegasnya, selain pelarasan gaji penjawat awam, elaun yang diberikan kepada KMKK juga wajar beri perhatian oleh Kerajaan Persekutuan selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang mereka pikul sebagai pemudah cara antara masyarakat setempat dan kerajaan sama ada di peringkat kerajaan persekutuan mahupun negeri.
   
"Tanggungjawab KMKK dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa mengira masa dan tempat sewajarnya dihargai dengan menjaga kebajikan dan kesejahteraan ekonomi mereka," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
   
Sehubungan itu, Zulhaidah yang juga Ketua Cabang Keadilan P218 Sibuti berharap penyelarasan elaun KMKK harus diangkat ke Dewan Rakyat dan diperuntukkan dalam Pembentangan Bajet 2025 yang akan datang sebagai ganjaran perkhidmatan KMKK.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/09/18/kerajaan-diminta-pertimbangkan-penyelarasan-elaun-kmkk-selaras-gaji-penjawat-awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.141947 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list